Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

337) BALAI RAYA

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai bajet untuk membaiki balai raya yang tidak terurus?

    Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan berjumlah RM4 juta di bawah Vot Menteri Besar dan SUK – P01/02004 – Kemudahan Asas Desa untuk tahun 2015 khas untuk kemudahan asas desa yang boleh digunakan bagi projek menaiktaraf balairaya mengikut keperluan. Walau bagaimanapun, kelulusan projek adalah tertakluk kepada keperluan serta kewajaran kos projek yang dicadangkan.

     

    Sehingga Julai 2015, pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri telah meluluskan sebanyak 71 buah projek dewan dan balairaya di semua daerah di negeri Selangor melibatkan peruntukan berjumlah RM2,242,859.82 seperti perincian berikut:

     

     

     

    BIL.

     

     

    DAERAH

    DEWAN / BALAIRAYA
    JUMLAH PERMOHONAN PROJEK ANGGARAN KOS PROJEK (RM)
    1 PETALING 4 169,925.00
     

    2

     

    KLANG

     

    0

     

    0.00

     

    3

     

    GOMBAK

     

    7

     

    262,442.50

     

    4

     

    KUALA SELANGOR

     

    9

     

    456,724.57

     

     

    5

     

    KUALA LANGAT

     

    9

     

    187,021.00

     

    6

     

    HULU SELANGOR

     

    10

     

    220,777.35

     

    7

     

    HULU LANGAT

     

    18

     

    728991

     

    8

     

    SEPANG

     

    14

     

    216978.4

     

    9

     

    SABAK BERNAM

     

    0

     

    0

     

    JUMLAH

     

    71

     

    2,242,859.82

  2. Mengapakah banyak balai raya tidak diselenggara dengan baik oleh JKKK?

    Kerajaan Negeri sentiasa memastikan kawasan luar bandar di Selangor tidak ketinggalan dalam menerima pembangunan. Semua balairaya berada di bawah kawalan Pejabat Daerah/Tanah masing-masing dan pihak JKKK diberi tanggungjawab untuk memastikan keadaan balairaya adalah baik dan diselenggara dengan sempurna. Selain daripada itu, pihak JKKK juga perlu memantau penggunaan balairaya bagi mengelakkan sebarang kes-kes vandalisme di balairaya

Lampiran

Tiada Lampiran.