Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
48) BALAI POLIS PEKAN MERU
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah pihak Kerajaan Selangor berhasrat untuk membina satu balai polis yang baru di tapak lama yang telah digazzetkan sebagai balai polis berbanding sekarang ini balai polis meru menyewa bangunan kedai dan lokasi yang tidak sesuai dan menggangu aktiviti perniagaan serta kesesakan di kawasan perniagaan?
Balai Polis Meru pada masa kini diwujudkan dan beroperasi dengan menduduki rumah kedai 2 tingkat sebagai Balai Polis Komuniti sejak dari tahun 2008. Balai Polis Meru pada asalnya beroperasi sebagai sebuah pondok polis di atas tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) di atas tapak tanah lot 2440 seluas 0.998 ekar dan terdapat isu tanah jenis berlembah dan mudah dinaiki air apabila belakunya hujan lebat. Pada masa kini pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman tiada sebarang perancangan dibawah Rancangan Malaysia PDRM bagi membina bangunan baru bagi pengoperasi balai polis.