Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
39) BALAI POLIS MERU DAN JALAN PONAK KU8
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah KDN mempunyai perancangan untuk memindahkan Balai Polis Meru yang kini menyewa bangunan kedai ke lokasi yang lebih sesuai dan strategik?
Pada masa ini, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang dan masih melaksanakan Pelan Strategik Polis Diraja Malaysia (PSPDRM) 2015-2020 yang isinya turut terkandung aspek pengukuhan organisasi yang merangkumi logistik dan kebajikan anggota.
Dari segi logistik, PDRM berusaha untuk meningkatkan keselesaan anggotanya melalui projek-projek pembangunan fizikal seperti pembinaan kuarters dan balai polis baharu selain pembaikan kuarters dan balai polis sediada. Antara projek-projek yang telah diluluskan untuk dilaksanakan terutamanya di Negeri Selangor adalah :-
- Pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara (RM 155 Juta);
- Pembinaan Balai Polis Bukit Jelutong (RM 55 Juta);
- Pembinaan 18 Buah Pos Pasukan Gerakan Am (PGA) di Negeri Selangor (RM 6 Juta)
- Pembaikan kuarters dan penggantian lif di premis PDRM Negeri Selangor; dan
- Kerja-kerja pembaikan / penyelenggaraan bangunan pejabat / Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) / IPD / Balai Polis serta lain-lain formasi di Negeri Selangor
Di bawah langkah strategik pemantapan pengurusan prasarana dengan menyediakan tempat bekerja dan kuarters yang kondusif serta mencukupi bagi meningkatkan kesejahteraan (well being) warga PDRM, PDRM Selangor telah mengemukakan permohonan projek baru ke peringkat Ibu Pejabat dan Kementerian melalui Rolling Plan Ketiga (RP3 2023) Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12)(2021-2025), sejumlah 7 tajuk projek baru telah dirancang dengan pecahan seperti berikut :
- Ibu Pejabat Polis Daerah beserta perumahan : 4 Projek
- Balai Polis beserta perumahan : 3 Projek
Walaubagaimanapun, demi memastikan perkhidmatan terbaik diberikan kepada rakyat dan demi meningkatkan rasa selamat di kalangan rakyat, PDRM sentiasa mendokong dasar-dasar keselamatan seperti yang terkandung di bawah Seksyen 3 Akta Polis iaitu memelihara undang-undang dan ketenteraman, mengekalkan keamanan dan keselamatan Malaysia dan mencegah dan mengesan penjenayah.
MAKLUMAT TAMBAHAN
Balai Polis Meru adalah pada asalnya Pondok Polis Meru di bawah Pentadbiran Balai Polis Kapar. Pada 14 Februari 2008 Pondok Polis Meru telah dipindahkan daripada tapak asal ke bangunan rumah kedai dua (2) tingkat dan diduduki secara sewaan di alamat No.40 Jalan Ponak KU8, Pekan Meru, Klang Sebagai Balai Polis Komuniti Meru dalam Daerah IPD Klang Utara. Perjawatan Balai Polis Meru pada masakini adalah seramai 24 keanggotaan.
Pondok Polis asalnya adalah terletak di atas sebidang tanah berkeluasan 0.998 Ekar di Lot 2440, Pekan Meru, Mukim Kapar dan dipindahkan ke bangunan rumah kedai disebabkan tapak asal sering berlaku banjir.
Keluasan tanah yang dikenalpasti perlu mematuhi Pekeliling Unit Perancang Ekonomi seperti mana berikut :-
- Ibu Pejabat Polis Daerah – 10 Ekar Hingga 15 Ekar;
- Balai Polis – 5 Ekar Hingga 10 Ekar;
- Pondok Polis – 2 Ekar;
cadangan bagi tujuan penyenaraian projek pembangunan hanya dapat dikemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri setelah kesemua perkara di atas dipenuhi.
-
Adakah pihak MPK atau Pejabat Daerah mempunyai perancangan untuk menghubungkan Jalan Ponak KU8 dengan Jalan Jelutong pekan Meru yang kini ada sekatan di depan Balai Polis Meru?
Pada masa akan datang, jalan tersebut akan dihubungkan apabila Lot 411 yang terletak di antara kedua-dua jalan ini dibangunkan di mana serahan rezab jalan perlu dilakukan atau apabila pemilik memberi izin lalu bagi pembinaan jalan awam.