Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
32) BALAI POLIS DI BANDAR COUNTRY HOMES
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bilakah Balai Polis Bandar Country Homes akan dinaiktaraf dari status pondok kepada balai?
Balai Polis Bandar Country Homes berfungsi untuk menerima repot polis sahaja dengan keanggotaan seramai (2) anggota dalam satu shift. Kertas Kerja bagi naik taraf Balai Polis Bandar Country Homes telah dimajukan ke peringkat Bukit Aman untuk pengukuhan keanggotaan balai. Namun, bagi tujuan kesegeraan dalam mempertingkatkan nilai kebergunaan bangunan dan fasiliti sedia ada, Balai Polis Bandar Country Homes akan beroperasi secara interim dengan kekuatan 37 orang yang diketuai oleh Ketua Polis Balai berpangkat Inspektor. Kesemua keanggotaan adalah kekuatan dalaman dari Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak berkuatkuasa pada 1/7/2024 (Isnin).
-
Apakah perbezaan antara status pondok dan balai setelah pondok polis Bandar Country Homes dinaiktaraf?
Perbezaan adalah seperti berikut :
BIL JENIS BANGUNAN UTAMA
NORMA KEPADATAN PENDUDUK
JUMLAH PERJAWATAN
LUAS TAPAK
(HEKTAR ATAU EKAR)
KELUASAN LANTAI MAKSIMUM
(m.p.)
1. Pondok Polis
5,000 – 10,000 orang 2 – 20
0.8 hektar atau 2 ekar
485
2. Balai Polis
10,000 – 15,000 orang 20 – 150
2 – 4 hektar atau 5 – 10 ekar
1,400
SUMBER : GARIS PANDUAN DAN PERATURAN BAGI PERANCANGAN BANGUNAN, 2015 OLEH UNIT PERANCANGAN EKONOMI, JABATAN PERDANA MENTERI
-
Nyatakan kawasan yang dibawah kawalan Balai Polis Rawang dan Bandar Country Homes.