Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
36) BALAI KETUA KAMPUNG DAN DEWAN ORANG RAMAI KAMPUNG HAJI SHARIF DAN DEWAN ORANG RAMAI TAMAN MERU 3
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bilakah Balai Ketua Kampung untuk Kampung Meru dapat di bina untuk kegunaan MPKK Kampung Meru yang kini masih lagi menyewa di premis MPK?
PDT Klang dalam usaha untuk menyediakan tapak untuk membangunkan Balai MPKK Meru di salah satu bahagian di dalam lokasi Lot 3 yang merupakan tanah Kerajaan dan berada di tengah pekan Meru. Walau bagaimanapun, kerja-kerja perobohan struktur sedia ada bagi penyediaan tapak perlu dilaksanakan sebelum bangunan Balai MPKK dapat dibina.
-
Bilakah dewan orang ramai di Kampung Haji sharif dan Dewan Orang ramai di Meru 3 dapat di baiki dan dinaiktaraf sebagai pusat kegiatan masyarakat setempat dan alternatif sebagai pusat pemindahan banjir?
Kedua- dua Dewan Orang Ramai di Kampung Haji Sharif dan Dewan Orang Ramai di Meru 3 memerlukan pengesahan tapak tanah bagi menentukan pemilikan sebenar bangunan dewan tersebut. Mesyuarat penyelarasan bersama PBT akan dilaksanakan bagi pengesahan pemilikan premis.