Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
1) BAKUL MAKANAN
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah peruntukan yang digunakan setakat ini oleh setiap DUN dalam program bakul makanan?
Pada tahun 2021, Program Bakul Makanan telah diumumkan sebanyak 2 kali iaitu semasa Pakej Kita Selangor 1.0 pada 20 Januari 2021 dan Pakej Kita Selangor 2.0 pada 9 Jun 2021 dengan jumlah RM200,000.00 bagi setiap DUN iaitu RM100,000.00 bagi setiap pakej. Peruntukan keseluruhan yang disediakan adalah sebanyak RM10,900,000.00. Sehingga 29 November 2021, sejumlah RM7,902,832.44 bersamaan 73% telah dibelanjakan yang telah memberi manfaat kepada 147,251 isi rumah. Perincian prestasi perbelanjaan dan jumlah penerima Program Bakul Makanan Ahli – Ahli Dewan Negeri Selangor adalah seperti berikut:
BIL KATEGORI IMPILIKASI KEWANGAN (RM)
PERBELANJAAN (RM)
PERATUS BELANJA
PENERIMA (ISI RUMAH)
JUMLAH PROGRAM
1 PAKEJ KITA SELANGOR 1.0 5,300,000.00 4,856,329.34 92% 91,661 708 2 PAKEJ KITA SELANGOR 2.0 5,600,000.00 3,046,503.10 54% 55,590 557 JUMLAH 10,900,000.00 7,902,832.44 73% 147,251 1,265 -
Senaraikan Syarikat Berkaitan Kerajaan ( GLC) yang terlibat dalam program bakul makanan setakat ini.
Selain peruntukan Kerajaan Negeri, Program Bakul Makanan ini juga yang dilancarkan melalui Pakej Kita Selangor turut melibatkan penyertaan beberapa Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Anak Syarikat Kerajaan Negeri dengan jumlah sebanyak RM2,179,238.00 yang memberi manfaat kepada 34,421 isi rumah seperti perincian berikut:
BIL GLC / ANAK SYARIKAT
NAMA PROGRAM JUMLAH PERBELANJAAN (RM)
PENERIMA 1 MBI Bakul Makanan Orang Asli
200,000.00 6,485 2 LPHS /PHSSB Pemberian Bantuan Bakul Makanan bernilai RM100 kepada Pemandu Teksi, Pemandu Bas Sekolah, Pemandu teksi dan Pemandu Bas 533,900.00 5,339 3 LPHS /PHSSB Program Bakul Makanan Penduduk PPR di Selangor 1. Pemberian kupon Pasaraya Speedmart 99 bernilai RM50 dan RM100 di PPR Kota Damansara, Hicom, Serendah, dan COUNCIL HOMES
2. Pemberian Bakul Makanan bernilai RM50 secara one off kepada 3004 penduduk PPR Lembah Subang.
845,800.00 5,639 4 PKPS Pemberian bakul makanan kepada golongan petani, penternak, nelayan dan pengusaha Industri Asas Tani 490,000.00 7,000 5 KDEB Pemandu Lori dan Krew Pembersihan KDEBWM 109,538.00 9,958 JUMLAH KESELURUHAN 2,179,238.00 34,421