Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

352) BAJET UNTUK JABATAN KESIHATAN PBT

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan bajet Kerajaan Negeri kepada setiap Jabatan Kesihatan PBT untuk mengatasi isu denggi dan haiwan perosak (gagak, tikus dan sebagainya).

    Kerjasama yang erat di antara agensi berkaitan amat penting dalam memastikan agenda kesihatan awam yang dirancang oleh Kerajaan Negeri berjaya dilaksanakan. Ini termasuk kerjsama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang memainkan peranan penting dalam program pencegahan denggi di Negeri Selangor.

     

    Justeru itu, Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukan denggi setiap tahun kepada PBT di Negeri Selangor. Bagi tahun 2023, peruntukan kepada PBT bagi program pencegahan denggi adalah seperti berikut:

    Walau bagaimanapun, tiada peruntukan khusus daripada Kerajaan Negeri kepada Jabatan Kesihatan PBT bagi menangani haiwan perosak seperti tikus dan gagak.

Lampiran

Tiada Lampiran.