Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
309) BAJET SELANGOR 2015
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah cadangan bajet kerajaan negeri untuk aspek keselamatan bandar tahun 2015?
Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sejumlah RM 5,862,240.00 bagi tahun 2015 di mana ia adalah bagi bayaran sewaan 414 CCTV yang telah dipasang di setiap kawasan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah dikenal
-
Sejauh manakah perbelanjaan untuk aspek keselamatan bandar setakat Oktober 2014?
Perbelanjaan untuk aspek keselamatan bandar sehingga Oktober 2014 adalah projek pemasangan 414 buah CCTV sebanyak RM 4.54 juta. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM36,500.00 bagi pelaksanaan lima (5) siri Kursus Asas Pantas PBT Selangor dengan kerjasama pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan pembelian Pakaian Seragam Dan Kasut Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) PBT Selangor sebanyak RM 109,650.00. Pasukan PANTAS di PBT berperanan untuk :
- Memberi bantuan awalan terhadap aduan kecemasan dan bencana mengikut tempoh masa yang ditetapkan;
- Penyelarasan awalan bantuan bersama jabatan dalaman, agensi keselamatan dan penyelaras Bencana Daerah selaras dengan Arahan No 20, Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum diambil alih oleh Jawatankuasa Pengurusan Kecemasan & Bencana; dan
Memastikan operasi bantuan dilaksanakan mengikut Pelan Tindakan Tetap Pengurusan Kecemasan dan Bencana dan mematuhi Arahan Keselamatan yang telah digariskan.
-
Adakah Kerajaan Negeri sedia menggunakan rizab negeri untuk aspek keselamatan bandar untuk tahun 2015?
Semua Anggaran Perbelanjaan Tahunan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri mengambil kira anggaran hasil dan terimaan tahun tersebut serta jumlah rizab negeri supaya ia dapat diagihkan dengan tepat berdasarkan keperluan.