Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
211) BAJET SELANGOR 2015
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah perbelanjaan berdasarkan bajet 2015 yang telah dilaksanakan mengikut bidang?
Jumlah perbelanjaan berdasarkan bajet 2015 yang telah dilaksanakan mengikut bidang adalah seperti berikut:
BIL BIDANG/ SEKTOR JUMLAH PERBELANJAAN (RM) 1 Ekonomi 69,012,453.96 2 Infrastruktur 234,537,381.85 3 Sosial 172,395,305.03 4 Perbandaran 950,260.23 Jumlah Keseluruhan 476,895,401.07 Nota: Jumlah perbelanjaan adalah sehingga 31 Julai 2015 daripada sumber SPEKS.
-
Nyatakan senarai projek yang telah dilaksanakan?
Kerajaan Negeri telah meluluskan pelaksanaan sebanyak 779 buah projek fizikal dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) sehingga 31 Julai 2015. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 300 buah projek sedang dalam pembinaan manakala sebanyak 260 projek sudah siap dilaksanakan. Perincian bilangan projek mengikut jabatan adalah seperti Jadual 1 berikut:
Jadual 1
Projek RMKe-10 Negeri Selangor Mengikut Jabatan
BIL JABATAN BIL PROJEK 1 PEJABAT MB & SUK
(LANGSUNG)18 2 PERBENDAHARAAN NEGERI 0 3 PERBENDAHARAAN NEGERI
(PERKOMPUTERAN)0 4 JABATAN PERTANIAN 66 5 JABATAN PERHUTANAN 38 6 JABATAN KERJA RAYA 263 7 JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN 246 8 JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR 119 9 JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA 8 10 JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR 8 11 JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH 13 JUMLAH 779 Senarai projek Kerajaan Negeri mengikut jabatan adalah sebagaimana yang telah diluluskan oleh Dewan Negeri Selangor bagi tahun berkenaan dan boleh dirujuk kepada buku bajet tahunan Kerajaan Negeri Selangor bagi tahun 2015.
Pelaksanaan projek-projek RMKe-10 tersebut merangkumi projek membina baru dan menaik taraf jalan raya dan jambatan, pengairan dan saliran, manakala kemudahan awam pula melibatkan projek seperti pembinaan sekolah, masjid, perpustakaan dan pejabat kerajaan.