Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

239) BAJET NEGERI SELANGOR 2016 TELAH MEMPERUNTUKKAN RM5 JUTA UNTUK SEWERAGE TREATMENT PLANT (STP) TAMAN DESA MAWAR, KAMPUNG SUNGAI YU

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini projek berkenaan?

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 29/2015 bertarikh 09 September 2015 telah meluluskan PKNS sebagai Project             Management Consultant (PMC) cadangan pembangunan Pemulihan Projek Terbengkalai Taman Desa Mawar, Mukim Hujung Permatang,Daerah Kuala Selangor ini dengan menggunakan dana peruntukan TEPAT sebanyak RM6 juta. Pada masa kini, PKNS dan kontraktor yang dilantik iaitu Tetuan Grandmas Sdn Bhd sedang dalam proses membuat pemeriksaan sistem paip pembentung sedia ada di tapak projek di mana jarak keseluruhan paip adalah sepanjang 7 kilometer dengan menggunakan kaedah litar tertutup (CCTV) bagi             mengenalpasti sebarang kerosakan di dalam sistem paip pembentung tersebut. Walau bagaimanapun, proses tersebut memerlukan peruntukan yang besar dan pihak PKNS dan kontraktor masih dalam proses menyediakan kos keseluruhan bagi pemeriksaan dan pembaikan sistem paip pembentung.

  2. Siapakah kontraktor yang telah dilantik?

    Pihak PKNS telah melantik Tetuan Grandmas Sdn Bhd sebagai Kontraktor Utama melalui proses perolehan secara lantikan terus seperti mana yang telah ditetapkan oleh Perbendaharaan Negeri Selangor bagi membangunkan semula Projek Terbengkalai Taman    Desa Mawar, Mukim Hujung Pematang, Daerah Kuala Selangor.

  3. Bilakah jangkaan projek ini dapat disiapkan?

    Pihak PKNS dan kontraktor akan mengemukakan kos keseluruhan bagi pembaikan paip pembentung pada pertengahan September 2016 dan kerja-kerja di tapak akan bermula pada awal Oktober 2016 dan dijangka siap pada Oktober 2017.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.