Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
40) BAIKPULIH RUMAH KOS RENDAH
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan maklumat berkenaan projek baikpulih bangunan Flat di Taman Tun Teja dan Flat Rawang Perdana.
Pangsapuri Kos Rendah Fasa 1, Taman Tun Teja, Blok Cempaka dan Dahlia, Rawang telah menerima bantuan baikpulih dibawah Skim Ceria iaitu bantuan mengecat semula bangunan dengan kos kerja berjumlah RM566,133.50. Projek ini telah bermula pada 18 September 2023 dan dijangka siap pada 22 Januari 2024 (18 minggu). Manakala bagi Flat Rawang Perdana pula, pangsapuri ini telah menerima bantuan mengecat semula bangunan di bawah projek Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM) dengan kos berjumlah RM438,538.60. Projek ini telah bermula pada 27 Oktober dan dijangka siap pada 19 Januari 2024 (12 minggu).
-
Apakah inisiatif kerajaan untuk menambah usaha bagi membantu membaikpulih bangunan rumah kos rendah di Selangor?
Pelbagai inisiatif kerajaan untuk membantu membaikpulih bangunan rumah kos rendah di Selangor adalah dengan menyediakan bantuan baikpulih fizikal bangunan selain di bawah program Skim Ceria yang telah bermula sejak Tahun Inisiatif-inisiatif tersebut adalah seperti berikut:-
- Memperkenalkan polisi bantuan Skim Insurans Pangsapuri Kos Rendah Negeri Selangor selama tempoh satu (1) tahun dari tarikh 15/9/2022 sehingga 14/9/2023 yang telah memberi manfaat kepada 83 pangsapuri kos rendah seluruh Selangor dengan kos berjumlah RM1,432,638.26.
- Penyediaan pelan tindakan khusus kepada COB melantik ejen pengurusan untuk menyenggara dan mengurus pangsapuri yang melibatkan JMB tidak Program ini mengambilkira peranan Pesuruhjaya Bangunan (COB), di Pihak Berkuasa Tempatan yang mempunyai kuasa untuk melantik ejen pengurusan di bawah Seksyen 86 Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757] untuk mengambilalih pangsapuri yang bermasalah tersebut.
- Mengambil inisiatif bersama-sama COB dengan memberikan khidmat nasihat, bimbingan dan tunjuk ajar kepada penduduk-penduduk yang dikenal pasti boleh menerajui JMB berkenaan kepentingan adanya badan pengurusan. Mereka akan diberi bimbingan di bawah Kursus Pemantapan Pengurusan Bangunan Dan Kediaman Berstrata atau C-SMART yang dianjurkan oleh COB mengikut PBT masing-masing.
- Pengenalan Sistem Laporan Kewangan Pangsapuri Negeri Selangor (ECOB) di mana Kerajaan Negeri boleh memantau prestasi kewangan sesebuah badan pengurusan di peringkat lebih awal. Setiap badan pengurusan akan diwajibkan menggunakan sistem ini bagi memastikan laporan kewangan di hantar kepada COB setiap bulan agar setiap perbelanjaan penyelenggaraan diuruskan dengan cekap dan teratur. Sistem ini juga melatih badan pengurusan JMB berbelanja mengikut keupayaan sebenar kewangan agar tidak berlaku defisit pada akaun penyelenggaraan
- Bantuan kerosakan infrastruktur di kawasan flat kos rendah yang mempunyai JMB tidak aktif di bawah skim bantuan sedia ada mengikut jenis kerosakan di pangsapuri berkenaan. Kebanyakan kerosakan di pangsapuri yang JMB tidak aktif adalah agak teruk dan memerlukan kos yang besar untuk tujuan baik Oleh demikian, kaedah jangka panjang akan diteliti untuk memulihkan bangunan-bangunan uzur akibat tiada badan pengurusan.