Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

90) BAIKPULIH RUMAH KERAJAAN PRIHATIN

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini baikpulih rumah dan bina baru kerajaan prihatin?

    Untuk makluman Yang Berhormat Semenyih, Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin di bawah Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin masih diteruskan sehingga kini dan sedang dilaksanakan mengikut prosidur yang telah ditetapkan bersama dengan Pejabat Daerah Dan Tanah yang terlibat. Program ini telah disenaraikan di bawah agenda Iltizam Selangor Penyayang (ISP) bersama 43 program yang lain. Walau bagaimanapun, Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin hanya dapat memfokuskan bantuan baikpulih sahaja bagi tahun semasa memandangkan kekangan kontraktor tempatan di beberapa buah daerah yang tidak dapat menampung kos pembinaan bina baru dengan had siling sebanyak RM50,000.00 yang disebabkan oleh kos bahan mentah yang kian meningkat. Oleh yang demikian, satu Kertas Cadangan akan diangkat untuk pertimbangan dan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bagi menjenamakan semula Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin dengan penambahbaikan bagi menfokuskan kepada mekanisma bantuan yang terbaik yang dapat dimanfaatkan oleh rakyat di Negeri Selangor khususnya bagi mendapatkan kediaman yang selesa dan selamat untuk didiami.

     

    Tidak dinafikan, permohonan yang diterima di bawah Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin di setiap daerah mendapat sambutan yang baik. Walau bagaimanapun, dengan peruntukan hanya RM1 juta setahun tidak dapat menampung keseluruhan permohonan yang melibatkan sembilan (9) daerah disebabkan oleh kos bahan mentah yang semakin meningkat. Jawatankuasa sentiasa berusaha dengan mengambil langkah proaktif dan inisiatif untuk membantu lebih ramai keluarga yang memerlukan khususnya di bawah program ini.

  2. Senaraikan projek baik pulih dan bina baru yang telah siap mengikut pecahan DUN.

    Untuk makluman Yang Berhormat Semenyih, permohonan Bantuan Rumah di bawah Program Kerajaan Prihatin adalah terbuka kepada seluruh rakyat di Negeri Selangor dengan tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Di bawah program ini, Kerajaan Negeri Selangor telah membantu ramai keluarga bagi mendapatkan sebuah kediaman yang selesa dan selamat untuk didiami. Walau bagaimanapun, permohonan di bawah program ini tidak dipecahkan mengikut kawasan DUN. Berikut adalah senarai permohonan serta kelulusan di bawah

     

     

    Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin mengikut pecahan daerah dari tahun 2018 hingga 2021 :-

     

     

    TAHUN

     

    DAERAH

    2018 2019 2020 2021 JUMLAH MENGIKUT DAERAH
    BINA BARU BAIK PULIH BINA BARU BAIK PULIH BINA BARU BAIK PULIH BINA BARU BAIK PULIH
    KLANG 1 1 1 2 2 3 10
    PETALING 2 2 1 5 1 2 1 14
    KUALA LANGAT 11 11
    HULU LANGAT 1 3 2 1 1 4 12
    SABAK BERNAM 2 14 1 18 5 13 53
    KUALA SELANGOR 4 6 8 18
    GOMBAK 2 5 7 8 1 8 2 4 37
    HULU SELANGOR 1 2 7 1 2 13
    SEPANG 2 8 5 15
    JUMLAH KESELURUHAN 10 34 13 43 3 11 20 49 183

     

Lampiran

Tiada Lampiran.