Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

233) BAIKPULIH JALANRAYA KE TAPAK PELUPUSAN SAMPAH DI JALAN TANJONG 12

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah kekerapan baik pulih jalanraya ke tapak pelupusan sampah di Tanjong 12, pada jarak 3 km ke tapak berkenaan?

    Kerja baikpulih telah dipertanggungjawabkan kepada pihak kontraktor dan dibawah kawal selia pihak JKR Selangor memandangkan jalan ini sedang dalam tempoh pembinaan bagi tujuan menaiktaraf jalan. Berdasarkan kepada Dokumen Kontrak pihak kontraktor, kekerapan membaikpulih jalan tersebut adalah sekali dalam tempoh sebulan.

  2. Apakah kelas jalanraya berkenaan?

    Berdasarkan kepada Geometric Design Criteria For Roads In Rural Areas, Arahan Teknik Jalan (ATJ) 8/86 (Pindaan 2015) terbitan Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia, jalan tersebut akan dinaiktaraf kepada kategori jalan R5 (jalan 1 lorong 2 hala dengan lebar jalan 3.5m, lebar bahu jalan 3m dan had laju 80 km/h).

  3. Dari mana peruntukan diambil bagi baik pulih jalan tersebut?

    Peruntukan membaikpulih jalan tersebut adalah sebahagian daripada Kontrak Kerja pihak kontraktor dibawah Peruntukan Pembangunan (P12).

Lampiran

Tiada Lampiran.