Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

44) BAIK PULIH RUMAH PANGSA KOS RENDAH

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mohon nyatakan jumlah Rumah Pangsa Kos Rendah (RPKR) di Selangor yang berada di bawah kawalan kerajaan negeri dan jumlah unit serta penghuninya.

    PPR yang berada di bawah kawalan Kerajaan Negeri yang diuruskan oleh Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSSB) adalah seperti berikut:

     

    • PPR Kota Damansara (Sek. 8, Petaling Jaya) Kadar penghuni terkini =1145 unit daripada 1152 unit
    • PPR Kg. Baru Hicom (Sek. 26, Shah Alam)Kadar penghuni terkini = 933 unit daripada 980 unit
    • PPR Seri Kiambang (Serendah) – 300 unit Kadar penghuni terkini = 125 unit daripada 300 unit
  2. Berapa banyak peruntukan baik pulih RPKR yang telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri untuk tempoh lima (5) tahun lalu

    Peruntukan bagi kerja baikpulih RPKR adalah diuruskan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) manakala tanggungjawab PHSSB adalah melibatkan pengurusan dan penyelenggaraan harian bangunan merangkumi mekanikal dan elektrikal, pembersihan dan pengurusan sampah, kawalan keselamatan dan sivil struktur. Berikut adalah senarai kerja pembaikan yang dilaksanakan oleh Perumahan Dan Hartanah Selangor Sdn. Bhd. (PHSSB) seperti di lampiran A                        LAMPIRAN

    SENARAI KERJA PEMBAIKAN YANG DILAKSANAKAN

    OLEH PHSSB

    PPR KOTA DAMANSARA (MEI 2013 – JULAI 2017)

    1. Membaikpulih dan menaiktaraf lif yang sebelum ini hanya satu unit lif sahaja berfungsi di setiap blok dan kerap mengalami kerosakan
    2. Membaikpulih “railing” koridor dan tangga yang hilang dan reput
    3. Membuat kalibrasi ke atas sistem elektrik
    4. Mengecat semula keseluruhan bangunan yang luntur
    5. Menaiktaraf dan membina tempat letak motorsikal dan ditambah dengan lampu untuk keselamatan
    6. Memasang CCTV
    7. Memasang dan mengganti lampu koridor dan lampu tangga yang hilang dan rosak
    8. Memasang dan mengganti pintu-pintu bilik sistem elektrikal yang rosak
    9. Pemasangan kabel bumi
    10. Pemasangan penangkap kilat
    11. Membaikpulih pam dan tangki air yang bocor
    12. Membaikpulih sistem perpaipan dan “waterproofing”
    13. Menaiktaraf padang permainan
    14. Membina pagar untuk meningkatkan keselamatan penduduk
    15. Pemasangan “barrier gate”
    16. Menaiktaraf jalan dan tanda jalan
    17. Menanam pokok dan menaiktaraf landskap untuk kehidupan yang lebih kondusif
    18. Penggantian tong sampah domestik yang telah uzur
    19. Pembersihan dan pembaikan unit kosong secara berperingkat
    20. Penggantian tingkap tangga dari tingakp “naco” kepada “casement”
    21. Membaikpulih penutup longkang yang rosak
    22. Membina landskap di laluan masuk PPR
    23. Memasang “signage” PPR
    24. Pemasangan tile di lobi lif
    25. Melaksanakan aduan kerosakan unit dan kawasan umum

    PPR HICOM (SEPTEMBER 2014 – JULAI 2017)

    1. Membaikpulih dan menaiktaraf lif
    2. Membaikpulih tangki yang bocor
    3. Pemasangan “barrer gate”
    4. Pendawaian semula kabel bumi
    5. Pemasangan CCTV di dalam lif
    6. Memasang penutup longkang “concrete pre-cast” dan “iron railing”
    7. Membaikpulih lampu jalan
    8. Membaikpulih “pavement laying”
    9. Membaikpulih pagar di kawasan loji kumbahan
    10. Membaikpulih loji rawatan kumbahan (STP)
    11. Membaikpulih taman permainan
    12. Menaiktaraf “line parking” untuk OKU
    13. Pembersihan dan pembaikan unit kosong secara berperingkat
    14. Melaksanakan aduan kerosakan unit dan kawasan umum

    PPR SERENDAH ( 1 MAC 2015 – JULAI 2017)

    1. Pembersihan unit dan memasang halangan di pintu dan tingkap bagi unit kosong
    2. Pembaikan unit kosong secara berperingkat
    3. Membaikpulih tangki bocor dan rumah pam
    4. Membaikpulih pondok pengawal
    5. Membaikpulih pagar masuk
    6. Melaksanakan aduan kerosakan unit dan kawasan umum

Lampiran

Tiada Lampiran.