Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

309) BAIK PULIH LAMPU JALAN JKR DAN PLB

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah kerajaan untuk mengatasi masalah jalan utama yang masih gelap akibat lampu yang sedia ada tidak menyala diseluruh Negeri Selangor?

    Punca utama ketidakfungsian lampu jalan di Negeri Selangor adalah akibat dari kerosakan kabel bawah tanah (sama ada vandalisma (kecurian), uzur (pemasangan lebih 20 tahun), luka/leakage (akibat terkena korekan – pelebaran jalan/pemasangan kabel utiliti/ resurfacing) dan sebagainya).

    Kos untuk menukarganti kabel bawah tanah ini adalah tinggi dan pelaksanaan yang rumit disebabkan kekangan di tapak.

    Langkah pembaikan untuk mengatasi masalah ini bergantung kepada keadaan di tapak untuk dilaksanakan pembaikan yang cost-effective dan paling menguntungkan Kerajaan.

    Di antara langkah pembaikan yang dibuat adalah:

    1. Menukarganti lampu sedia ada kepada Solar LED (sekiranya kos pembaikan kabel bawah tanah terlalu tinggi)
    2. Menukarganti lampu sedia ada kepada LED (sekiranya lampu sedia ada terlampau uzur)
    3. Menukarganti komponen lampu sedia ada
    4. Membaiki kabel bawah tanah secara ‘jointing’
    5. Memasang kabel baru secara atas talian (cable fly)
  2. Berapakah peruntukan yang diberikan kepada JKR di setiap daerah untuk baik pulih lampu jalan di jalan kendalian JKR dan PLB secara khususnya bagi Daerah Sepang?

    Untuk jalan-jalan kampung yang di bawah seliaan Pejabat Daerah dan Tanah Sepang, penyelenggaraan atau penggantian lampu jalan adalah diluar bidang tugas Pejabat Daerah.

Lampiran

Tiada Lampiran.