Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
175) BAIK PULIH KEDAI PLB DI KAWASAN PASAR PAYA JARAS
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Siapakah pihak yang bertanggungjawab untuk mengawal selia kedai-kedai PLB di kawasan berkenaan?
Kerja-kerja penyelenggaraan gerai dan pemilihan penyewa serta urusan pelesenan peniaga adalah di bawah tanggungjawab MBSA.
-
Apakah perancangan untuk menaik taraf kedai-kedai PLB di kawasan ini?
Tiada perancangan untuk menaiktaraf kedai PLB di kawasan pasar Paya Jaras kerana kedai tersebut adalah dalam cadangan untuk kerja-kerja menaiktaraf persimpangan di Jalan Sungai Buloh – Kuala Selangor.
-
Berapakah anggaran kos baik pulih tersebut?
Tiada peruntukan disediakan untuk kerja-kerja membaikpulih memandangkan kedai ini akan terlibat dengan kerja-kerja menaiktaraf jalan tersebut.