Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
255) BAIK PULIH JALAN GAJAH 23, KAMPUNG KUBU GAJAH, SUNGAI BULOH
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status semasa projek membaik pulih Jalan Gajah 23?
Kerja pembaikan sebelum ini telah dilaksanakan pada tahun 2022. Kerosakan berlaku kembali disebabkan oleh laluan kenderaan berat dan kerja-kerja penambahan rumah dan laluan penduduk di kawasan berkenaan menyebabkan jalan tersebut kembali rosak. Kerja pembaikan semula di jangkakan akandilaksanakan pada pertengahan tahun 2024.
-
Bilakah projek baik pulih ini dijangka siap sepenuhnya?
Anggaran kos bagi baik pulih Jalan Gajah 23 ini berjumlah RM100 ribu dan akan menggunapakai peruntukan belanja mengurus JKR Petaling (B12). Jabatan Kerja Raya Daerah Petaling adalah agensi yang bertanggungjawab untuk membaik pulih jalan ini.