Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

230) BAIK PULIH GELANGGANG FUTSAL DI TAMAN-TAMAN PERUMAHAN

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sedarkah Kerajaan Negeri khasnya PBT di Kuala Selangor, terlalu banyak gelanggang futsal di taman-taman perumahan yang telah rosak?

    Gelanggang-gelanggang futsal dalam daerah Kuala Selangor terutamanya yang berada di taman-taman perumahandi daerah ini tidak dibina dngan menggunakan peruntukan dari Majlis Daerah Kuala Selangor. Dalam tempoh tersebut, didapati kebanyakannya sudah rosak dan perlu diperbaiki. Namun, sejak tahun 2009, pihak Majlis Daerah Kuala Selangor telah diminta untuk menjaga dan menyelenggara semua gelanggang tersebut. Bagi tujuan pemantauan, inventori gelanggang futsal di kawasan operasi Majlis Daerah Kuala Selangor sudah diadakan. Sebanyak 54 buah gelanggang futsal yang ada dalam daerah Kuala Selangor di mana 31 buah daripadanya berada dalam kawasan operasi Majlis.

  2. Apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk membaik pulih gelanggang tersebut?

    Majlis tiada peruntukan khas untuk menyelenggara dan memperbaiki kesemua gelanggang futsal yang ada. Namun, Majlis berusaha mengemukakan permohonan peruntukan pembaikan kemudahan sukan ini kepada Y.B. Tuan Dr. Ahmad Yunus bin Hairi, Exco Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Lampiran

Tiada Lampiran.