Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
178) BAIK PULIH GELANGGANG FUTSAL
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM800,000.00 untuk menaik taraf/ membaik pulih infrastruktur sukan termasuklah gelanggang futsal. Senaraikan pecahan peruntukkan untuk menaik taraf/ membaik pulih mengikut lokasi gelanggang futsal ?
- Kerajaan Negeri telah menggunakan peruntukan yang telah diberikan untuk menjalankan projek-projek menaik taraf atau membaik pulih infrastruktur sukan termasuklah gelanggang futsal. Antara projek yang telah dilaksanakan melalui peruntukan yang telah disediakan adalah seperti berikut:
Bil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Projek Kos (RM) 1. Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) a) Sri Muda – membaik pulih pagar dan lantai Gelanggang Futsal Putera Heights Seksyen 9/1, Putera Heights 14,566.00 b) Batu Tiga – membaik pulih pagar dan lantai Gelanggang Futsal Taman Batu Tiga, Shah Alam 14,206.00 c) Sri Serdang – membaik pulih pagar dan lantai Gelanggang Futsal 18/45 Taman Seri Serdang 14,206.00 Bil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Projek Kos (RM) 2. Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) a) Morib – membaik pulih Gelanggang Futsal Kg Seri Jugra, Banting 19,865.00 3. Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) a) Sekinchan – membaik pulih Gelanggang Futsal di Taman Sekinchan Jaya b) Sungai Air Tawar – membaik pulih Gelanggang Futsal di Dataran Lesen Parit Baru, Sabak
19,750.00 18,610.00
JUMLAH 101,203.00 -
Senaraikan kontraktor yang terlibat dalam kerja menaik taraf/ baik pulih?
- Antara kontraktor yang terlibat dalam kerja menaik taraf atau baik pulih adalah seperti berikut:
- Daya Kimbal,
Lot 1449, Kanchong Darat, Jalan Sungai Lang,
42700 Banting.
- Mohd Zaki bin Kafi,
Lot 1463, Jalan Sungai Lang Baru, 42700 Banting.
- ASZS Recources,
Lot 2254, Jalan Tg Medan, Kg Kelanang,
42700 Banting.
- Badariah Construction No 103, Batu 6,
Jalan Mangga 8, Taman Permai 42700 Banting.