Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

268) BAIK PULIH DEWAN KAMPUNG DATO ABU BAKAR BAGINDA

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Dewan Serbaguna Kampung Dato Abu Bakar Baginda sudah terbiar lama dan menjadi tempat untuk kegiatan yang tidak elok. Adakah kerajaan bercadang untuk membaik pulih supaya boleh digunakan oleh masyarakat setempat?

    MPSepang telah melantik kontraktor bagi menjalankan kerja-kerja membina semula Kompleks Komuniti Dato’ Abu Bakar Baginda yang mengandungi komponen dan kemudahan seperti berikut:

    1. Dewan komuniti – 3 gelanggang badminton beserta ruang-ruang sokongan
    2. 10 unit medan selera (3.6m x 4.6m)
    3. 17 unit lot perniagaan (3m x 3m)
    4. Ruang makan terbuka
    5. Ruang solat
    6. 10 unit kiosk (3m x 3m)
    7. 2 unit pejabat pengurusan
    8. Laman permainan kanak-kanak
    9. Tandas

    Bangunan Kompleks Komuniti Dato’ Abu Bakar Baginda ini bukan sahaja dapat memenuhi keperluan komuniti setempat tetapi juga akan menjadi sebuah bangunan ikonik sebagai mercu tandan dan imej baru MPSepang yang bersempadanan dengan pintu masuk Putrajaya.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.