Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
162) BAHU JALAN RENDAH – JABATAN KERJA RAYA
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Mengapa jalan-jalan negeri yang telah diturap semula dengan premix, dibiarkan bahu jalannya rendah?
Jalan-jalan negeri yang telah diturap semula dengan premix, bahu jalannya juga akan dibina supaya searas dengan jalan.
-
Apakah tiada peruntukan yang disediakan untuk bina semula bahu jalan selepas di premix semula jalan berkenaan?
Peruntukan bina semula bahu jalan selepas di premix semula termasuk dalam kos penyelenggaraan jalan.