Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
140) BAHASA MALAYSIA
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah usaha kerajaan memartabatkan penggunaan Bahasa Malaysia khususnya di Negeri Selangor?
Antara usaha yang telah dilakukan adalah dengan melaksanakan program-program seperti berikut:
- Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) telah menerbitkan 52 tajuk karya agung pelbagai bahasa asing ke Bahasa Malaysia bermula dari tahun 2016 dengan kerjasama Institut Buku Darul Ehsan (IBDE). Buku-buku tersebut telah diedarkan di seluruh pusat perkhidmatan PPAS di negeri Selangor, dipromosikan melalui penganjuran program-program rasmi dan tidak rasmi, serta jualan di platform Shopee.
- Penganjuran seminar dan rakaman wawancara lisan– perkongsian oleh tokoh tempatan termasuk rakyat setempat mengenai pengalaman peribadi dan peristiwa bersejarah;
- Video resensi – mencetus minat membaca dan berkongsi dengan khalayak umum melalui ulasan buku berbentuk video;
- Buku audio karya tempatan–telah menerbitkan 37 karya tempatan terpilih ke dalam bentuk buku audio yang boleh dicapai melalui secara dalam talian;
- Perpustakaan tokoh – pengkatalogan ringkas perpustakaan peribadi pencinta buku (ahli akademik tersohor dan orang awam) yang memiliki koleksi khusus dalam sesuatu bidang kepakaran;
- Penerbitan bersama karya tempatan – beberapa karya terpilih diterbitkan secara bersama antara pihak penulis dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.
- Penganjuran Permukiman Sasterawan yang telah dilaksanakan pada 14-16 Julai 2022 yang lalu di Le Meridien Hotel, Petaling Jaya. Program ini berjaya menghimpunkan 22 Sasterawan dan Karyawan, dan kesemua 7 orang Sasterawan Negara dapat hadir dan mengikuti sepenuhnya program ini.
Antara rancangan yang telah diatur:
- Pementasan Teater Perkhidmatan Awam 2022 bertajuk Antara Tiga yang bakal diadakan pada 8 – 10 Disember 2022 di Istana Budaya sempena Dekad Bahasa Kebangsaan Sektor Perkhidmatan Awam yang akan dianjurkan oleh Perbadanan Adat dan Warisan Negeri Selangor (PADAT).
- Rancangan penganjuran masterclass – sasterawan sebagai mentor dan pembimbing untuk membangunkan lebih ramai pengkarya tempatan khususnya generasi muda oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).
- Membantu dalam usaha penerbitan buku karya rakyat oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).
- Merancakkan kembali program sempena sambutan bulan bahasa seperti Sayembara Puisi, Bercerita, Pantun dan lain yang boleh memartabatkan Bahasa Malaysia oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).