Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

158) BAHASA INGGERIS DAN PERKEMBANGANNYA

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan menggunakan Bahasa Inggeris sekali dalam seminggu di Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor?

    Kerajaan Negeri mengiktiraf kepentingan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi dunia. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri mendukung peruntukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang mana Bahasa Melayu diiktiraf sebagai Bahasa Kebangsaan yang digunakan untuk sebarang urusan rasmi tetapi hak pengajaran dan pembelajaran bahasa-bahasa lain terpelihara.

  2. Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan menggalakkan lebih ramai kakitangan awam Negeri Selangor untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris memandangkan Bahasa Inggeris adalah bahasa global?

    Kerajaan Negeri mengalakkan kakitangan awam untuk mempunyai skil pelbagai bahasa terutamanya Bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi dunia. Kerajaan Negeri melihat penguasaan ini sesuatu yang positif.

  3. Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan menyediakan dan menggunakan lebih banyak dokumen-dokumen rasmi di dalam Bahasa Inggeris juga selain daripada Bahasa Malaysia?

    Buat masa sekarang, Kerajaan Negeri tiada rancangan untuk menyedia semua dokumen dokumen rasmi dalam dwi bahasa – iaitu bahasa melayu dan Inggeris.

Lampiran

Tiada Lampiran.