Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
101) BAHASA
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila jelaskan dimanakah undang-undang yang melarang pemaju untuk menggunakan bahasa Inggeris untuk projek pembangunan/nama kondominium.
Pada masa ini tiada undang-undang secara spesifik melarang pemaju untuk menggunakan bahasa Inggeris untuk projek pembangunan atau nama kondominium. Lanjutan daripada itu, kuasa bagi PBT untuk menamakan tempat awam seperti termaktub di bawah Seksyen 68, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) :
Sesuatu pihak berkuasa tempatan boleh, dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri, menetapkan nama dengan mana sesuatu tempat awam atau taman perumahan atau skim perumahan akan dikenali dan boleh dari semasa ke semasa mengubah nama sesuatu tempat awam atau taman perumahan atau skim perumahan atau mana-mana bahagiannya sama ada atau tidak nama itu telah digunakan bagi tempat, taman atau skim itu sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini.
Walau bagaimanapun, PBT menggalakkan agar bahasa kebangsaan digunakan sebagai nama projek pembangunan atau nama kondominium.