Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

281) BAHAN SISA BINAAN

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Boleh jelaskan bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam menangani pembuangan bahan sisa binaan di atas dalam milik individu

    Merujuk kepada Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan, Dan Pelupusan Sampah Sarap, PBT diperuntukkan kuasa untuk menangkap dan menyita sekiranya didapati mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Undang-Undang ini. Penyitaan dibuat terhadap apa-apa peralatan dan kenderaan yang digunakan dalam aktiviti

     

    Di bawah Undang-Undang Kecil ini juga, PBT boleh mengenakan bagi kesalahan yang disabitkan dengan dikenakan denda tidak melebihi Ringgit Malaysia Dua Ribu (RM2,000.00) atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu (1) tahun atau dengan denda dan penjara itu kedua-dua dan bagi sesuatu kesalahan yang berterusan, denda sebanyak tidak melebihi Ringgit Malaysia Dua Ratus (RM200.00) bagi tiap-tiap satu hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan boleh dikenakan.

  2. Dan boleh jelaskan apakah bidang kuasa Pejabat Daerah dan Tanah pula?

    Manakala pemilik tanah yang menjadikan tanahnya sebagai tempat pembuangan sampah seperti sisa binaan adalah melanggar syarat nyata tanah di mana Pejabat Daerah/Tanah boleh mengambil tindakan melalui peruntukan perlanggaran syarat tanah di bawah Seksyen 127 – 130 Kanun Tanah Negara (KTN) di mana sekiranya gagal dipulihkan boleh membawa implikasi tanah milik tersebut boleh dirampas oleh Pentadbir

     

    Membentuk rangkaian perkongsian maklumat mengenai perlakuan jenayah dan menjadikan ahli-ahli Persatuan Komuniti Malaysia sebagai mata dan telinga kepada PDRM.

Lampiran

Tiada Lampiran.