Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

107) BAHAN BATUAN/PASIR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa luas tanah di negeri Selangor yang terlibat dalam industri pengeluaran batuan dan pasir?

    Luas tanah di Negeri Selangor yang terlibat dalam industri pengeluaran bahan batuan
    dan pasir adalah lebih kurang 1500 hektar (keluasan berdasarkan permit yang
    dikeluarkan). Kajian terperinci mengenai lokasi industri dilaksanakan oleh Jabatan
    Mineral dan Geosains.

  2. Berapakah anggaran keperluan bahan batuan dan pasir di negeri Selangor setiap tahun?

    Anggaran keperluan bahan batuan dan pasir di Negeri Selangor setiap tahun adalah
    lebih kurang 60 juta tan (berdasarkan maklumat daripada Persatuan Pemborong
    Binaan Malaysia).

  3. Berapakah keuntungan/kerugian yang kerajaan negeri perolehi hasil industri ini pada tahun lalu?

    Keuntungan yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri hasil daripada kutipan royalti dan
    bayaran kompaun bagi tahun lalu ialah RM17 juta. Tidak ada rekod yang menunjukkan
    kutipan mengikut pecahan bahan batuan. Bayaran kompaun adalah bayaran bagi
    kesalahan di bawah Sek 426 (1) Kanun Tanah Negara

Lampiran

Tiada Lampiran.