Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
223) BAHAGIAN PENDIDIKAN YAYASAN SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan nama syarikat konsultan perunding yang telah dilantik bagi menjalankan Kajian Keberkesanan Model Perniagaan Sedia Ada di Bahagian Pendidikan Yayasan Selangor?
Syarikat yang sedang menjalankan projek transformasi Bahagian Pendidikan Yayasan Selangor adalah Pusat Perundingan Universiti Malaya (UMConsult) – Dulu dikenali sebagai Unit Perunding Universiti Malaya (UPUM).
-
Berapakah fi yang dibayar kepada konsultan ini?
Jumlah dibayar kepada UMconsult tidak boleh diumum kepada awam atas sebab Non-Disclosure Agreement antara kedua-dua pihak.
-
Apakah dapatan daripada kajian keberkesanan tersebut?
Setelah diangkat sebagai Lead Agency Stanco Pendidikan Negeri Selangor, Projek Transformasi Bahagian Pendidikan Yayasan Selangor telah dirancang dan dijalankan bagi mempersiapkan Yayasan Selangor menggalas tanggungjawab besar tersebut. Kajian Keberkesanan Model Perniagaan Sedia Ada di Bahagian Pendidikan Yayasan Selangor telah dirangka dan mengandungi tiga (3) Fasa Utama iaitu;
Fasa 1:
Penilaian Keberkesanan Model Perniagaan Sedia Ada Bahagian Pendidikan, Yayasan Selangor;
Fasa 2:
Pembangunan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Baharu Selaras Dengan Cadangan Memperkasakan Model Perniagaan Daripada Fasa 1;
Fasa 3:
Program Upskilling Untuk Pembentukan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Daripada Fasa 2.
Fasa 1 yang bermula Februari 2022 telah menilai keberkesanan model perniagaan sedia ada Bahagian Pendidikan, Yayasan Selangor melalui kaedah temubual bersemuka, perbincangan kumpulan sasar dan bengkel latihan.
Dapatan utama daripada kajian Fasa 1 ini adalah model perniagaan di Bahagian Pendidikan, Yayasan Selangor yang sedia ada tidak berkesan untuk membawa pembaharuan-pembaharuan kepada Yayasan Selangor selaras dengan hasrat pengurusan dan kerajaan Negeri.
Berdasarkan dapatan ini, skop kajian fasa 2 dan 3 di atas, telah disemak dan dipersetujui bersama untuk dirombak dengan fokus utama telah ditambahbaik. Kedua fasa tersebut telah digabung menjadi Fasa 2 yang akan memberi fokus kepada:-
- Pemerkasaan peranan Yayasan Selangor di dalam Pelan Strategik Pendidikan Negeri Selangor;
- Peningkatan kesediaan kakitangan menggalas tanggungjawab lebih besar dan;
- Pembangunan Pelan Strategik jangka pendek, sederhana dan panjang serta menggariskan ‘High Priority Initiatives’ untuk mencapai sasaran Yayasan Selangor sebagai Lead Agency Stanco Pendidikan Selangor.
Projek Transformasi Bahagian Pendidikan Yayasan Selangor yang sedang berjalan akan berakhir pada 30 Disember 2024.