Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
224) BAGI MENINGKATKAN ATAU MENAIK TARAF SEMUA PBT SUPAYA IANYA LEBIH KEHADAPAN
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah ada pemilihan atau pertukaran Ahli-Ahli Majlis di PBT negeri Selangor selepas berakhir tempoh perkhidmatan mereka akhir Jun ini?
- Sebagaimana yang dipraktikkan, penilaian prestasi Ahli-Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan bagi penggal 2009/2010 akan dilaksanakan di peringkat Kerajaan Negeri untuk menilai tahap pencapaian dari segi komitmen dan tanggungjawab seseorang Ahli Majlis sepanjang perkhidmatannya. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri akan mengekalkan Ahli-Ahli Majlis yang mendapat penilaian tinggi manakala bagi Ahli-Ahli Majlis yang mendapat penilaian rendah akan digantikan dengan Ahli-Ahli Majlis
-
Apakah langkah-langkah yang diambil bagi memastikan pelantikan Ahli-Ahli Majlis di PBT kali ini terdiri dari mereka yang betul-betul mantap dan bertanggung jawab yang dapat menjalankan tugas mereka dengan baik
- Sejak dari awal lagi, Kerajaan Negeri telah pun mengambil beberapa langkah dan juga inisiatif bagi memastikan pelantikan Ahli-Ahli Majlis di PBT terdiri dari mereka yang betul-betul mantap dan bertanggungjawab serta dapat menjalankan tugas dengan baik. Beberapa tapisan akan dijalankan di peringkat Jawatankuasa Pemilihan Ahli Majlis PBT Negeri Selangor di mana salah satunya adalah berdasarkan maklum balas dan pencapaian prestasi yang dinilai bagi Ahli-Ahli Majlis terdahulu daripada ADUN, Ahli Parlimen dan juga Datuk Bandar/yang Dipertua. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri amat menekankan status permastautinan seseorang Ahli Majlis yang dilantik di sesebuah kawasan agar komitmen dan sumbangan terhadap masyarakat setempat dapat diberi sepenuhnya. Dalam pemilihan calon-calon baru Ahli Majlis PBT juga, Kerajaan Negeri akan berpandukan dan membuat penilaian berdasarkan justifikasi serta kepercayaan setiap parti politik terhadap calon-calon yang dicadangkan bagi mengelak tersalah membuat
-
Apakah pula tindakan yang diambil untuk memulihkan prestasi Kakitangan & PegawaiPegawai Kerajaan Negeri termasuk juga Ahli-Ahli Majlis juga Ketua-Ketua Kampong yang menunjukkan prestasi yang kurang memuaskan dalam perkhidmatan mereka?
- Bagi memulihkan prestasi Kakitangan & Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri termasuk Ahli-Ahli Majlis dan juga Ketua-Ketua Kampung, Kerajaan Negeri telah pun mengambil beberapa tindakan dan inisiatif bagi mereka yang menunjukkan prestasi kurang memuaskan dalam perkhidmatan. Pelbagai bentuk kursus, bengkel dan juga seminar telah dijalankan di peringkat Kerajaan Negeri dan jabatan-jabatan kerajaan yang berusaha untuk memberi motivasi dan semangat bekerja terhadap golongan ini. Contoh kursus/bengkel/ seminar yang disediakan adalah seperti Khusus ESQ In House Training SUK Selangor, Bengkel Asas Ahli Majlis PBT Selangor, Bengkel Pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan bagi Ahli Majlis PBT Selangor, Kursus SPIES Kepimpinan Ketua Kampung Negeri Selangor, Seminar Kesedaran Integriti dan Pencegahan Rasuah Negeri Selangor serta banyak
Di samping itu, mana-mana kakitangan dan pegawai-pegawai kerajaan yang didapati melakukan kesalahan mahupun tidak mengikut peraturan yang ditetapkan, Kerajaan Negeri telah pun mengambil tindakan tatatertib ke atas mereka dengan berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)