Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

76) BAGAIMANAKAH KEBERKESANAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH PERATURAN PENCEGAHAN WABAK DENGGI?

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah sebab utama kompaun tidak dikeluarkan kepada individi pemilik kediaman?

    Arahan Pentadbiran (JKN Selangor) berkenaan kompaun tidak dikeluarkan kepada individu pemilik kediaman hanya berkuatkuasa di peringkat Pejabat Kesihatan Daerah sahaja bermula 27 Julai 2016 (Mesyuarat Kawalan Denggi bersama YBhg. Dato’ Pengarah Kesihatan Negeri Selangor) sehingga kini. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti penguatkuasaan denggi oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

    Sebab utama adalah bagi meningkatkan kerjasama pemilik kediaman untuk membenarkan Petugas Denggi lapangan melaksana aktiviti kawalan denggi harian iaitu pemeriksaan tempat pembiakan di dalam premis mereka. Namun, bagi situasi tertentu seperti di bawah berpandukan justifikasi Pejabat Kesihatan Daerah, aktiviti penguatkuasaan (kompaun) akan terus dilaksana seperti biasa:

    • Pemilik kediaman yang masih dijumpai pembiakan nyamuk aedes selepas teguran/pemeriksaan pertama dilakukan;
    • Lokaliti kematian denggi;
    • Tapak bina   dan   tempat    tumpuan   awam   seperti    kedai,   kawasan perindustrian, pejabat dan sebagainya; dan
    • Mana-mana lokaliti yang kerap berlaku wabak atau hotspot atau mana- mana lokaliti yang difikirkan perlu dilaksana aktiviti

     

  2. Berapakah jumlah kompaun telah dikeluarkan atas premis kediaman, pembinaan dan peniagaan mengikut daerah dan lokaliti?

    Bagi premis kediaman dan premis perniagaan, amaun kompaun yang dikeluarkan adalah RM500.00. Manakala bagi tapak pembinaan, tindakan pendakwaan terus diambil di mana denda adalah tidak melebihi RM10,000.00 atau penjara tidak melebihi 2 tahun bagi kesalahan pertama. Manakala bagi kesalahan kedua dan seterusnya didenda tidak melebihi RM50,000.00 atau penjara tidak melebihi 5

Lampiran

Tiada Lampiran.