Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

16) BAGAIMANA PERANAN UNIT INTEGRITI SELANGOR DALAM MENGAWAL GEJALA RASUAH KAKITANGAN AWAM?

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Setakat mana unit ini terlibat dengan PBT?

    Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.

     

    Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 berkaitan arahan Penubuhan Unit Integriti di Semua Agensi Awam. Penubuhan Unit Integriti ini adalah bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan pengurusan integriti di Jabatan/Agensi masing-masing di mana Ketua Unit Integriti di Jabatan/Agensi masing-masing hendaklah mengemukakan laporan berkaitan pelaksanaannya kepada Ketua Setiausaha Kementerian/ Ketua Jabatan dan Bahagian Pengurusan Integriti Agensi, SPRM pada setiap empat (4) bulan sekali iaitu sebelum 15 haribulan Mei, September dan Januari. Pelaksanaan di Negeri Selangor adalah selaras dengan arahan ini di mana Jabatan/Agensi akan mengemukakan laporan kepada SPRM dan disalinkan kepada Unit Integriti, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor untuk dilaporkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Anti Rasuah (JAR) Negeri Selangor yang diadakan tiga (3) kali setahun dan dipengerusikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

  2. Kepada siapakah unit integriti di PBT melaporkan (report to) jika ada laporan rasuah atau salah guna kuasa?

Lampiran

Tiada Lampiran.