Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
66) BADAN YANG MENGURUS PERMOHONAN DOKUMEN PENGENALAN DIRI
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Tahun 2010, kerajaan negeri telah melantik sebuah badan untuk menguruskan permohonan daripada mereka-mereka yang tiada kad pengenalan dan yang berkaitan. Berapakah permohonan yang telah diterima dan berjaya mendapat kad pengenalan
Jumlah permohonan yang diterima mengikut kawasan dan yang telah diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Negara sehingga Februari 2011 adalah seperti berikut:-
Kawasan Jumlah permohonan Tertunggak / Batal Permohonan (disebabkan oleh dokumen tidak lengkap dan sebagainya)
Jumlah permohonan yang dikemukakan ke Jabatan Pendaftaran Negara Jumlah yang telah diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Hulu Bernam 30 26 4 0 Rawang 47 43 4 0 Teluk Panglima Garang
47 39 7 1 Desa Mentari 15 9 6 0 Bandar Kinrara 19 19 0 0 Klang 151 98 37 16 JUMLAH
309
234
58
17
Sumber: Pejabat MySEL
-
Senaraikan permohonan yang diterima mengikut kawasan