Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

344) BADAN TINDAKAN BENCANA DAERAH

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah persediaan Majli Pengurusan Bencana Daerah Kuala Langat & Sepang yang dibuat bagi menghadapi musim tengkujuh dan bencana banjir yang akan berlaku di masa yang akan datang?

    Persediaan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Langat & Sepang Menghadapi Musim Tengkujuh dan Bencana Banjir Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sepang dan Kuala Langat telah mengambil langkah-langkah proaktif dalam menghadapi kemungkinan musim tengkujuh dan bencana banjir yang dijangka berlaku. Antara inisiatif yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:

     

    Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sepang:

     

    1. Latihan dan Simulasi:

     

    1. Sepang telah melaksanakan latihan pengendalian peralatan GPS untuk keperluan Unit Pengurusan Bencana Negeri (UPBN) Selangor bersama sembilan (9) Pejabat Daerah dan Tanah.

     

    1. Sesi latihan bersepadu telah dijalankan bersama agensi-agensi dalam pengujian aset penyelamatan seperti bot, enjin bot, dan kenderaan untuk memastikan aset tersebut dalam keadaan siap digunakan pada bila-bila masa.

     

    • Program latihan simulasi bencana tanah runtuh telah diadakan melibatkan 150 peserta dari semua Pejabat Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor.

     

    1. Simulasi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) juga telah dijalankan untuk memastikan kesiapsiagaan agensi dan komuniti dalam menghadapi bencana.

     

     

    1. Pembangunan Infrastruktur dan Pusat Pengurusan Bencana:

     

    1. Pusat Pengurusan Bencana Daerah (DDOC) di PDT Sepang telah siap sepenuhnya pada 2 Oktober 2024 dan kini beroperasi untuk memantau dan mengkoordinasi operasi bencana di daerah ini.

     

    1. Kerja pembangunan prototaip dinding penahan banjir (Mobile Flood Wall Barrier) sedang dijalankan untuk menambahbaik perlindungan kawasan terjejas banjir.

     

    • Penyempurnaan pembaikan dan penyelenggaraan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di beberapa lokasi penting seperti Dewan Kampung Dato Ahmad Razali, Dewan Orang Ramai Dengkil, dan Dewan MPKK Jenderam Hilir.

     

    1. Perbincangan dan Kerjasama Antara Agensi:

     

    1. Mesyuarat bersama Malaysia Airport berkaitan kolam tadahan hujan KLIA serta mesyuarat dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor untuk membincangkan langkah-langkah penahanan banjir dan pengurusan bencana.

     

     

    Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Langat

     

    1. Penyelenggaraan dan Pemeriksaan Infrastruktur:

     

    1. JPS Daerah Kuala Langat telah menjalankan penyelenggaraan berkala parit dan saliran di kawasan hotspot banjir seperti Kampung Batu 9 Kebun Baru, Kampung Orang Asli Bukit Serdang, serta Kampung Bukit Changgang.

     

    1. Kolam-kolam tadahan hujan di daerah ini juga telah dibaik pulih, termasuk Kolam Bandar Sungai Emas, Kolam Bandar Mahkota, dan Kolam Taman Seri Dagang untuk memastikan sistem saliran yang efisien.

     

    1. Simulasi dan Latihan:

     

    1. Pihak pengurusan bencana Kuala Langat telah menjalankan sesi taklimat dan latihan bersepadu bersama agensi-agensi daerah, termasuk latihan simulasi untuk memastikan semua pihak memahami prosedur operasi standard (SOP) semasa bencana.

     

    1. Satu sesi latihan simulasi untuk pengurusan PPS telah dijalankan pada 24 Oktober 2024 bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mempersiapkan komuniti dan agensi dalam menghadapi banjir.

     

     

    1. Penyediaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS):

     

    1. PPS di daerah ini sedang diperbaiki dan diselenggara dengan peruntukan dari NADMA dan SUK, untuk memastikan kemudahan yang mencukupi dan selesa bagi penduduk yang terjejas oleh bencana.

     

    1. Pengoperasian District Disaster Operation Centre (DDOC) di Kuala Langat yang baru siap diharap dapat meningkatkan kecekapan dan kelancaran operasi pengurusan bencana.

     

    1. Mesyuarat dan Perbincangan Berkaitan Bencana:

     

    1. Mesyuarat bersama semua agensi pengurusan bencana di daerah ini sedang dijalankan untuk memastikan kesiap-siagaan yang optimal dalam menghadapi bencana akan datang.

     

    Melalui usaha-usaha yang dijalankan oleh kedua-dua daerah ini, Majlis Pengurusan Bencana Daerah Sepang dan Kuala Langat menunjukkan komitmen tinggi dalam menyediakan infrastruktur, latihan, dan perancangan yang teliti bagi memastikan respon yang pantas dan efektif dalam menghadapi musim tengkujuh dan bencana banjir.

  2. Apakah status terkini berkenaan sistem amaran awal banjir di setiap kawasan hotspot banjir di Negeri Selangor khususnya bagi Daerah Sepang dan Kuala Langat?

    Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat stesen-stesen hidrologi cerapan hujan, aras air, siren dan tolok banjir yang bertujuan bagi memberikan amaran awal banjir yang telah dibina di seluruh daerah di Negeri Selangor dan dipantau melalui laman sesawang Infobanjir Selangor juga Public Infobanjir JPS Malaysia.

    Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia dengan kerjasama JPS Negeri Selangor sedang melaksanakan projek pembinaan stesen-stesen hidrologi telemetri bagi Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) di seluruh daerah di Negeri Selangor. Projek ini melibatkan skop pembinaan dan juga menaiktaraf stesen-stesen telemetri meliputi stesen aras air, hujan, siren, kamera web, sejatan dan juga sukat luah dengan jumlah keseluruhan adalah 280 stesen. Maklumat projek adalah seperti berikut:-

     

    Bil. Tajuk Kos

    (RM)

    Tarikh Mula

    Tarikh Siap

    Status
    1. Projek Pembinaan Stesen Hidrologi Telemetri dan Kerja-Kerja Berkaitan di Negeri Selangor Untuk Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRAB) Fasa 2 20,000,911.70 1.9.2021

    29.2.2024

     

    EOT No. 2:

    4.4.2025

    Dalam Pelaksanaan

     

    Jadual: 96%

    Sebenar: 91%

    (Sehingga

    30 Oktober 2024)

     

    Kontraktor Dalam Proses Pindaan CPM Yang Terkini Berdasarkan EOT No. 2 Yang Telah Diluluskan

Lampiran

Tiada Lampiran.