Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
48) BADAN PENGURUSAN BERSAMA (JMB/MC)
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah tindakan dan solusi yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi permasalahan yang timbul di kawasan yang tidak mempunyai Badan Pengurusan Bersama?
Soalan (a) dan (c) dijawab bersekali.
Pelbagai usaha dan tindakan oleh Kerajaan Negeri sebagai solusi dalam mengatasi permasalahan yang timbul di kawasan yang tidak mempunyai Badan Pengurusan Bersama (JMB). Pelbagai punca dikenalpasti menjadi punca-punca pangsapuri tidak atau lewat ditubuhkan Badan Pengurusan Bersama. Di bawah Seksyen 17(1) Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757], Badan Pengurusan Bersama (JMB) perlu ditubuhkan apabila mesyuarat pertama diadakan tidak lewat daripada 12 bulan dari tarikh penyerahan milikan kosong (vacant possession) kepada pembeli/pemilik petak. Secara ringkasnya, ia bermaksud, Badan Pengurusan Bersama (JMB) perlu ditubuhkan dalam masa satu tahun daripada tarikh serahan milikan kosong kepada pemilik petak. Namun, terdapat pangsapuri yang tidak boleh tubuh JMB setelah buku daftar strata telah dibuka maka pangsapuri berkenaan tertakluk kepada kecukupan 25% pemilik petak telah membuat pindah milik bagi penubuhan Perbadanan Pengurusan (MC).
Antara kesan kegagalan penubuhan Badan Pengurusan Bersama (JMB) kepada pemilik petak adalah selepas tempoh pegangan pemaju (developer’s period), tiada badan yang boleh dipertanggungjawabkan untuk mengutip wang penyelenggaraan (maintainance fees) dan kumpulan wang penjelas (sinking fund). Sekiranya situasi ini berlaku, bangunan tidak dapat diselenggara dengan baik dan berkemungkinan kerosakan seperti kerosakan lif dan lampu di koridor tidak dapat dibaikpulih dan kerja-kerja pembersihan bangunan atau pengecatan bangunan tidak dapat dijalankan. Selain itu, tanpa Badan Pengurusan Bangunan (JMB), tiada penguatkuasaan, pindaan dan penambahan dapat dibuat terhadap undang-undang kecil (by-laws) yang sedia ada. Oleh demikian, amatlah penting usaha untuk memastikan badan pengurusan sama ada JMB atau MC ditubuhkan segera bagi memastikan pangsapuri berada dalam keadaan selesa, selamat diduduki dan harmoni.
Antara usaha dan tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi permasalahan yang timbul di kawasan yang tidak mempunyai Badan Pengurusan Bersama ialah seperti berikut:-
- Penyediaan pelan tindakan khusus kepada COB melantik ejen pengurusan untuk menyenggara dan mengurus pangsapuri yang melibatkan JMB tidak aktif. Program ini mengambilkira peranan Pesuruhjaya Bangunan (COB), di Pihak Berkuasa Tempatan yang mempunyai kuasa untuk melantik ejen pengurusan di bawah Seksyen 86 Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757] untuk mengambilalih pangsapuri yang bermasalah tersebut. Namun demikian, pelan tindakan ini sukar dibuat kepada skim kos rendah yang daif berikutan tiada ejen pengurusan yang berminat untuk menguruskan bangunan memandangkan melibatkan kos penyenggaraan yang tinggi. Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah menubuhkan skim Lestari Harmoni untuk mengambil alih pengurusan dan penyelenggaraan pangsapuri yang tiada JMB atau tidak aktif melalui ejen-ejen pengurusan yang dilantik oleh Kerajaan Negeri.
- Mengambil inisiatif bersama-sama COB dengan memberikan khidmat nasihat, bimbingan dan tunjuk ajar kepada penduduk-penduduk yang dikenal pasti boleh menerajui JMB berkenaan kepentingan adanya badan pengurusan. Mereka akan diberi bimbingan di bawah Kursus Pemantapan Pengurusan Bangunan Dan Kediaman Berstrata atau C-SMART yang dianjurkan oleh COB mengikut PBT masing-masing.
- Baik pulih kerosakan pangsapuri di bawah skim bantuan CERIA dengan meletakkan syarat penduduk akan segera menubuhkan JMB dalam tempoh 3 bulan. Bantuan ini sebagai galakan dan penggerak kepada pemilik petak untuk mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan (AGM) bagi bagi pemilihan ahli jawatankuasa JMB.
- Pihak COB akan melaksanakan penguatkuasaan di bawah Seksyen 18(2) Akta 757, yang memperuntukkan bahawa mana-mana pemaju yang tidak mematuhi subseksyen (1) ini telah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
- Menubuhkan satu skim yang dinamakan Skim Lestari Harmoni yang membantu menguruskan bangunan yang tiada Badan Pengurusan melalui melalui syarikat ejen dibawah anak syarikat Kerajaan Negeri. Skim ini mengambil kira semua permasalahan berkaitan kutipan sampah, penyelenggaraan tangki air, lif dan lain-lain yang sering dibangkitkan oleh penduduk-penduduk pangsapuri.
- Mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) berhubung penyegeraan pindaan akta 757 berkaitan penubuhan JMB dan keperluan memasukkan kos pindah milik pada peringkat awal pembelian kediaman jenis berstrata agar ia tidak membebankan pemilik petak di kemudian hari.
-
senaraikan jumlah JMB/MC yang berjaya ditubuhkan dalam Kawasan DUN Sentosa?
Bilangan JMB/MC yang berjaya ditubuhkan di kawasan DUN Sentosa adalah berjumlah 20 Badan Pengurusan JMB/MC. Senarai kawasan yang mempunyai penubuhan badan pengurusan seperti berikut:-
BIL. PANGSAPUURI PBT 1. Pangsapuri Palma MPK 2. Pangsapuri Kasuarina MPK 3. Pejabat & Blok Runcit Bangunan Landmark MPK 4. Apartment Trifolis, Bandar Baru Kuit Tinggi 2 MPK 5. Pangsapuri Akasia MPK 6. Apartment Impiria MPK 7. Apartment Tropika MPK 8. Pangsapuri Pendamar Indah 2 Blok F, G & H MPK 9. Apartment Impian Sentosa MPK 10. Apartment Klang Jaya MPK 11. Kos Rendah Flat Fasa Dinasti MPK 12. Pangsapuri Perdana Villa MPK 13. Apartment Idaman Sentosa MPK 14. Pangsaprui Taman Mesra, Klang Indah MPK 15. Pangsapuri Sri Proton MPK 16. Pangsapuri Golden Villa MPK 17. Pangsapuri Villa Sentosa MPK 18. Kondominium Idaman MPK 19. Pangsapuri Seri Palma, Seksyen 36 MBSA 20. Pangsapuri Seri Era, Seksyen 36 MBSA -
Nyatakan tindakan dan inisiatif Kerajaan Negeri bagi kediaman yang tidak Berjaya menubuhkan JMB.