Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
183) BADAN PENGURUSAN BERSAMA (JMB)
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan Badan Pengurusan Bersama (JMB) yang ada di Negeri Selangor
Senarai JMB yang ada di Negeri Selangor seperti di Lampiran A (Sumber rekod dari Pesuruhjaya Bangunan, Pihak Berkuasa Tempatan).
-
Nyatakan jumlah JMB yang bermasalah dan punca di setiap JMB tersebut.
Kerajaan Negeri tiada data mengenai jumlah JMB yang dikenal pasti bermasalah kerana definisi “bermasalah” itu sendiri sukar ditentukan dalam konteks penyenggaraan dan pengurusan bangunan yang mempunyai pelbagai dimensi yang kompleks. Selain itu, adalah tidak wajar Kerajaan Negeri melabelkan JMB/MC itu “bermasalah” kerana ianya adalah berpunca daripada kelemahan “human value” pada sikap penduduk mahupun ahli jawatankuasa JMB/MC di antaranya seperti berikut:
- Pemilik tidak membayar caj penyenggaraan pada setiap bulan dengan konsisten.
- Pemilik tidak mahu bekerjasama dan memberi sokongan untuk membantu JMB dalam menyelesaikan isu-isu penyenggaraan dan pengurusan pangsapuri.
- JMB mengambil kesempatan ke atas sikap pemilik yang “kurang peduli” dengan melakukan penyelewengan duit.
JMB tidak mahu mematuhi nasihat dan arahan Pesuruhjaya Bangunan, Pihak Berkuasa Tempatan untuk mengambil tindakan pembetulan atau tindakan pencegahan bagi menyelesaikan permasalahan penyenggaraan dan pengurusan pangsapuri atas alasan mereka telah banyak berkorban masa, duit dan tenaga untuk penduduk dan bekerja sebagai JMB/MC secara percuma atau elaun dalam kadar yang tidak berbaloi berbanding pengorbanan yang diberikan.