Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
277) BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO)
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Badan bukan kerajaan (NGO) adalah rakan strategik bagi Kerajaan Negeri di dalam melaksanakan dasar dan program kerajaan. Berapakah bilangan NGO berdaftar di DUN Semenyih?
Pendaftaran NGO adalah di bawah pengurusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) Malaysia. Untuk makluman, MPKj tiada maklumat lengkap berkaitan jumlah NGO berdaftar di DUN Semenyih.
-
Nyatakan senarai NGO tersebut & jumlah peruntukan Kerajaan Negeri yang telah disalurkan kepada NGO di Selangor bagi tempoh 2023-2024?
Pihak MPKj tidak mempunyai maklumat tersebut. Walaubagaimanapun, untuk permohonan sebarang yang aktiviti melibatkan MPKj, pihak NGO perlu menjalinkan usahasama dengan Ahli Majlis dan DUN kawasan terlibat.