Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

165) ATLET SELANGOR SUKAN SEA KL 2017

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan atlet Selangor yang bertanding dalam Sukan Sea KL 2017 serta pencapaianya.

    Berikut adalah senarai pemenang-pemenang pingat tersebut:-

  2. Apakah insentif kepada atlet yang memperoleh pingat dalam Sukan Sea KL 2017?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Sukan Negeri Selangor telah memberikan insentif kemenangan berupa wang kepada semua atlet dan bekas atlet Selangor yang menyertai dan memenangi pingat di Sukan Sea KL 2017 yang lalu.

  3. Nyatakan jumlah insentif yang diberikan kepada atlet.

    Berikut adalah jumlah dan pecahan insentif tersebut mengikut pingat:-

    Pingat Jumlah
    Emas RM 5,000.00 seorang
    Perak RM 3,000.00 seorang
    Gangsa RM 2,000.00 seorang

     

    Jumlah keseluruhan perbelanjaan insentif kepada semua pemenang pingat ini adalah sebanyak RM540,000.00.

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.