Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
329) ASRAMA YAYASAN SELANGOR KAMPUNG PANDAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini tanah asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan?
Yayasan Selangor ketika ini di dalam proses untuk menamatkan perjanjian usahasama dengan Pemaju sedia ada.
-
Apakah masalah utama tanah Yayasan Selangor Kampung Pandan tidak dimajukan sehingga kini?
Pihak pemaju dan Yayasan Selangor tidak mendapat kata sepakat dalam isu-isu perundangan dalam menetapkan Perjanjian Pembangunan. Oleh itu, pihak Yayasan Selangor berpendapat agar perjanjian ini tidak diteruskan.