Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

50) ASRAMA UNTUK ANAK – ANAK PEKERJA LADANG

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Semasa pilihan raya yang lalu kita telah berjanji kepada rakyat untuk membina dua buah asrama bagi membantu pelajaran anak -anak pekerja ladang. Sudahkah tanah dikenal pasti ? Di mana ?

    Terdapat sebuah syarikat perladangan yang terletak di Kuala Selangor menawarkan sebidang tanah untuk dijadikan sebagai tapak asrama tetapi perkara ini masih lagi dalam proses perbincangan dengan Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri turut memohon semua Pejabat Tanah dan Daerah Selangor untuk mengenalpasti mana-mana tanah milik kerajaan yang sesuai untuk dijadikan tapak asrama bagi anak-anak pekerja ladang dan dijangka akan dikenalpasti dalam tahun ini juga.

  2. Bilakah kerja-kerja mendirikan asrama-asrama ini akan bermula dan bila ianya dijangka siap ?

    Dijangkakan kerja-kerja mendirikan asrama ini akan bermula pada tahun hadapan setelah tanah yang sesuai dikenalpasti pada tahun ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.