Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
173) ASRAMA TOH PUAN NORASHIKIN DAN TUN DR ISMAIL
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini asrama-asrama tersebut?
Asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan telah ditutup sepenuhnya bagi memberi laluan kepada projek pembangunan komersil.
-
Nyatakan kos-kos yang masih ditanggung dari 2014-2016?
Kos-kos yang masih ditanggung adalah kawalan keselamatan, pembersihan, Caruman Membantu Kadar dan utiliti.
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membangunkan kawasan tersebut?
Pihak pengurusan Yayasan Selangor merancang untuk membangunkan tanah tersebut sebagai pembangunan bercampur yang akan menjana pendapatan yang maksima. Pemilihan pemaju akan dilaksanakan secara tender terbuka.