Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

188) ASET MILIK YAYASAN SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah aset milik Yayasan Selangor.

    1. Yayasan Selangor memiliki sebilangan aset dalam bentuk bangunan dan tanah yang diperoleh secara pemberimilikan ataupun sebagai sebahagian daripada pulangan daripada projek usaha

     

    Aset berkenaan adalah terdiri daripada bangunan Asrama Pusat Yayasan  Selangor  (yang menempatkan pelajar Rancangan Khas Pendidikan Bersama Kementerian Pelajaran Malaysia), Kem (kursus & latihan), bangunan komersil (bangunan pejabat, rumah kedai, rumah kediaman) dan tanah-tanah pertanian.

     

    Pemilikan aset dan penjanaan sumber kewangan daripada aset berkenaan  adalah  sangat penting kepada Yayasan Selangor bagi membolehkannya memperoleh sumber pendapatan untuk membiayai segala operasi dan fungsinya.

     

    Yayasan Selangor sebagai sebuah organisasi yang tidak berorientasikan keuntungan ditubuhkan sebagai agensi yang membantu Kerajaan Negeri Selangor dalam memberi peluang dan bantuan pendidikan kepada rakyat negeri Selangor tanpa diberikan geran tahunan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor. Sebaliknya, ia beroperasi  dengan  menjana pendapatan sendiri dan menyumbangkan pendapatannya kepada usaha membangunkan generasi berilmu di negeri Selangor.

     

    Senarai Bangunan & Premis:

     

    Bangunan & Premis Komersil
    Bangunan Pejabat
    1. Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya – Ibu Pejabat 18 Tingkat
    2. Bangunan Yayasan Selangor Jln Bukit

    Bintang,K.Lumpur

    12 Tingkat
    3. Bangunan Yayasan Selangor Kampung Baru, K. Lumpur 18 Tingkat
         
    Premis Komersil
    1. Kedai/Pejabat Dana 1, Kelana Jaya 10 Lot – 4 tingkat
    2. Kedai/Pejabat Ara Business Centre, Ara Damansara 16 Unit
    3. Kedai/Pejabat Ampang Point, Ampang 3 Lot – 3 tingkat

     

     

     

    4. Kedai/Pejabat Jalan Stesen, Klang 1 Lot – 4 tingkat
    5. Kedai/Pejabat Semenyih Sentral, Semenyih 2 Lot – 3 tingkat
    6. Kedai/Pejabat Taman Malawati Jaya, Kuala Selangor 2 Lot – 1 tingkat
    7. Kedai di Pasar Moden Rawang 7 unit
    Kediaman – Kondominium/Pangsapuri
    1. Kondominium University Towers, Petaling Jaya 25 unit
    2. Pangsapuri Puncak Damansara, Ara Damansara 14 unit
    3. Kondominium Templer Impian, Perang Templer Rawang 24 unit
    Kediaman – Semi-Detached
    1. Rumah Berkembar,Templer Bestari,Perangsang Templer, Rawang 3 unit
    Kediaman – Rumah Teres
    1. Rumah Teres 1 Tingkat, Taman Malawati Jaya, Kuala Selangor 8 unit

     

    Stesen Minyak
    1 Stesyen Minyak ( Shell ) – Lot 495 Kg Pandan 43,844 k.p

     

    Bangunan Bukan Komersil
    Bangunan Asrama Pelajar / Kem Latihan
    1 Asrama Yayasan Selangor, Kuala Lumpur 7.2 ekar
    2 Asrama Yayasan Selangor, Klang 4.8 ekar
    3 Asrama Bestari Ampar Tenang, Dengkil 15.17 ekar
    4 Kem PLKN Yayasan Selangor Kuala Kubu Baharu 2.8 ekar
    5 Kem The Wood, Ulu Yam 34 ekar

     

    Senarai Tanah:

     

    Tanah Pertanian
    1. Ladang Kelapa Sawit PT552, Pulau Carey, Kuala Langat 1296 ekar
    2. Ladang Kelapa Sawit PT357,358,359 Pulau

    Carey,Kuala Langat

    631.5 ekar
    3. Ladang Kelapa Sawit PT88 Pulau Carey,Kuala Langat 91 ekar
    4. Tanam Kelapasawit PT712, Kuala Kubu Baharu 13.7 ekar
    5. Tanah PT647 Pulau Carey, Kuala Langat 1126 ekar
    6. Tanah PT 20307, 20308, 20309,020310,020311

    Mukim Serendah

    350 ekar
    7. Tanah PT2924, Ulu Bernam 225 ekar

     

    Tanah Komersil
    1. Tanah PT7, Seksyen 14, Shah Alam 1.1 ekar
    2. Tanah PT4221 Bandar Klang 16.59 ekar
  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menjual, menyewa jangka panjang atau mengambil alih pengurusan bangunan-bangunan milik Yayasan Selangor ini?

    Tiada.

Lampiran

Tiada Lampiran.