Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

178) ASET MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS)

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan secara terperinci aset seperti tanah dan bangunan yang dimilik oleh MAIS mengikut daerah?

    Senarai hartanah MAIS adalah sepertimana berikut :-

    BIL DAERAH JUMLAH LOT
    TANAH KELUASAN (EKAR) BANGUNAN KELUASAN (EKAR)
    1. GOMBAK 3 4.9606 15 23.8424
    2. HULU LANGAT 5 11.9419 4 103.1130
    3. KLANG 5 13.3769 8 2.5198
    4. KUALA LANGAT 6 51.0550 3 0.1303
    5. KUALA SELANGOR 8 8.6739 11 0.4909
    6. PETALING 6 21.0526 61 4.8590
    7. SABAK BERNAM 6 12.2662 1 98.6509
    8. SEPANG 3 29.4138 4 0.1059
    9. HULU SELANGOR 19 344.2286 0 0.00
    JUMLAH 61 496.9695 107 233.7122
    JUMLAH KESELURUHAN = 168 LOT HARTANAH
    KELUASAN (EKAR) = 730.6816
  2. Nyatakan nilai dan lokasi aset milik MAIS yang telah dijual dari 2015-2020?

    Bagi tempoh 2015-2020, pihak MAIS telah membuat keputusan untuk melupuskan beberapa hartanah yang tidak ekonomik, antaranya seperti berikut :-

     

    BIL DAERAH JUMLAH LOT HARTANAH NILAI (RM) SEBAB PELUPUSAN
    1. GOMBAK 1 180,000.00 Hartanah terletak di kawasan yang tidak strategik
    2. KLANG 1 430,000.00 Hartanah telah mengalami keusangan
    3. SEPANG 1 2,421,000.00 Hartanah tidak sesuai untuk dibangunkan/ disewakan kerana terdapat pertikaian sempadan dengan kawasan rayau orang Asli.

Lampiran

Tiada Lampiran.