Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
125) ASET KUMPULAN HARTANAH SELANGOR BERHAD
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan nilai aset dan bukan tunai Kumpulan Hartanah sehingga terkini?
Nilai aset dan bukan tunai KHSB yang terkini berdasarkan akaun yang belum diaudit pada 28 Februari 2015 adalah RM51 juta.
-
Nyatakan jenis, lokasi, keluasan dan nilai hartanah milik KHSB yang terbaru?
Berikut adalah senarai hartanah milik KHSB yang terbaru berdasarkan laporan kewangan berakhir Disember 2014.
Lokasi Keluasan Jenis Nilai Buku Bersih (RM Juta)
1 Seksyen 14, Petaling Jaya 9.6 ekar Komersial 78 2 Taman Malawati Jaya, Mukim Api-Api, K.Selangor 4.6 ekar Perumahan 1 3 Bestari Jaya, K. Selangor 5,000 ekar Pertanian 41 4 Kalumpang, Hulu Bernam 190 ekar Bercampur 25 5 Pulau Indah, P. Klang 1,500 ekar Bercampur 388