Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

50) ASET KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan aset - aset Kerajaan Negeri yang dicadangkan untuk dicairkan bagi membantu pembiayaan pendidikan di UNISEL dan KUIS?

    Kerajaan Negeri telah menyediakan tanah seluas 1002 ekar di Bestari Jaya untuk mendirikan UNISEL. Pada ketika ini, seluas 572 ekar telah dibangunkan bagi pembinaan kampus UNISEL. Kampus kini mengandungi 10 buah bangunan utama, 44 buah bangunan asrama dan bangunan fasiliti yang lain.

    Kini terdapat seluas 430 ekar lagi yang belum dibangunkan. Walau bagaimana pun lebih separuh daripada kawasan tersebut ditakungi air dan mengandungi kolam.

    Adalah dianggarkan seluas 200 ekar tanah yang boleh dibangunkan dan dengan itu boleh dicairkan bagi membantu pembiayaan pendidikan di UNISEL dan KUIS jika diperlukan.

  2. Apakah nilai aset - aset yang telah dikenal pasti bagi tujuan ini?

    Nilai aset tanah seluas 200 ekar tersebut dianggarkan bernilai RM 150,000.00 bagi setiap satu ekar dan dengan itu nilai keseluruhan berjumlah RM 30 juta.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.