Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
164) ASET KERAJAAN DIJUAL
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan semua aset Kerajaan Negeri yang telah dijual sejak Pakatan Harapan memerintah Selangor.
a) dan b)
Berdasarkan rekod, aset-aset yang telah dijual dalam tahun 2008 hingga 2017 adalah aset alih kategori kenderaan dan jentera mencapai had usia guna dan tidak lagi ekonomik untuk di selenggara.
Nilai aset-aset adalah seperti berikut:-
Jadual
Aset Kerajaan Negeri Yang Telah Dijual (2008-2017)
Bil Tahun Hasil Jualan (RM)
1. 2008 164,105.60 2. 2009 344,912.00 3. 2010 887,298.00 4. 2011 265,758.70 5. 2012 722,921.00 6. 2013 1,900,031.40 7. 2014 578,808.00 8. 2015 307,939.00 9. 2016 54,450.00 10. 2017 162,476.00 JUMLAH 5,388,699.70 -
Nyatakan jumlah pendapatan hasil jualan tersebut.