Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
39) ASET BADAN BERKANUN NEGERI
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan jumlah aset Badan-Badan Berkanun Negeri pada tahun 2014 hingga 2015
JAWAPAN:
Badan Berkanun ertinya mana-mana pertubuhan perbadanan, tidak kira dengan nama apa ia dikenali, yang diperbadankan menurut peruntukan-peruntukan Undang-undang Persekutuan dan yang menjadi Pihak Berkuasa Awam atau Agensi Kerajaan Malaysia tetapi tidak termasuk Pihak Berkuasa Tempatan dan pertubuhan perbadanan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta Badan Berkanun 1980). Berikut merupakan senarai Badan Berkanun Kerajaan Negeri Selangor:-
- Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
- Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS)
- Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)
- Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor (PPAS)
- Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT)
- Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)
Skop jawapan bagi soalan ini adalah berdasarkan Penyata Kewangan Beraudit Badan Berkanun Kerajaan Negeri bagi tahun kewangan 2014 sahaja. Maklumat aset bagi tahun kewangan 2015 tidak dapat dibentangkan memandangkan Penyata Kewangan bagi tahun 2015 bagi kesemua Badan Berkanun Kerajaan Negeri masih belum selesai diaudit.
Berikut merupakan perincian kepada Aset Badan Berkanun Kerajaan Negeri berdasarkan Penyata Kewangan Beraudit bagi tahun 2014.
Bil.
Badan Berkanun
Aset Amaun (RM)
1. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Aset Bukan Semasa 1. Hartanah, loji dan peralatan
2. Pelaburan dalam syarikat bersekutu
3. Lain-lain pelaburan
4. Muhibah daripada penyatuan
5. Pelaburan hartanah
6. Harta hartanah
7. Aset tidak ketara
8. Aset cukai tertunda
486,329,000
766,214,000
624,544,000
11,092,000
355,000,000
720,512,000
47,000
17,136,000
Jumlah Aset Bukan Semasa
2,980,874,000
Aset Semasa - Inventori
- Projek kemajuan hartanah
- Kerja kontrak yang telah dijalankan tetapi belum dituntut
- Tuntutan kemajuan terakru
- Penghutang perdagangan
- Lain-lain penghutang, deposit dan bayaran terdahulu
- Pelaburan portfolio
- Simpanan tetap
- Wang tunai dan baki di bank
- Cukai belum pulih
89,913,000
2,498,674,000
1,349,000
113,542,000
492,615,000
63,635,000
18,749,000
226,523,000
153,653,000
5,217,000
Jumlah Aset Semasa
3,663,870,000
Jumlah Keseluruhan Aset
6,644,744,000
2. Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Aset Bukan Semasa 1. Hartanah, loji dan peralatan
2. Aset hidup
3. Ladang-ladang
4. Pembangunan projek dan ladang
5. Muhibah daripada penyatuan
287,965,000
1,378,000
33,101,000
25,896,000
3,086,000
Jumlah Aset Bukan Semasa 351,426,000 Aset Semasa 1. Pelaburan jangka pendek
2. Inventori
3. Belum terima dagangan
4. Belum terima lain
5. Cukai boleh dikembalikan
6. Simpanan tetap dengan bank berlesen
7. Wang tunai dan baki di bank
287,000
1,856,000
36,899,000
2,516,000
1,260,000
95,378,000
8,293,000
Jumlah Aset Semasa 146,489,000 Jumlah Keseluruhan Aset
497,915,000
3. Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) Aset Tetap 1. Hartanah, loji dan peralatan
25,772,000
Jumlah Aset Tetap 25,772,000 Aset Semasa 1. Akaun belum terima
2. Simpanan Tetap
3. Tunai di tangan dan bank
3,083,000
244,769,000
52,181,000
Jumlah Aset Semasa 300,033,000 Jumlah Keseluruhan Aset
325,805,000
4. Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) Harta Tetap - Hartanah, loji dan peralatan
5,831,000
Jumlah Harta Tetap
5,831,000
Aset Semasa 1. Pelbagai penghutang dan pendahuluan
2. Simpanan Tetap
3. Tunai di bank dan di tangan
283,000
10,067,000
12,393,000
Jumlah Aset Semasa
22,743,000
Jumlah Keseluruhan Aset
28,574,000
5. Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Aset Tetap - Hartanah, loji dan peralatan
- Kerja dalam kemajuan
79,787,000
43,000
Jumlah Aset Tetap
79,830,000
Aset Semasa 1. Pelbagai penerimaan, deposit dan prabayar
2. Simpanan, wang tunai dan baki di bank
249,000
2,087,000
Jumlah Aset Semasa
2,336,000
Jumlah Keseluruhan Aset
82,166,000
6. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) Aset Bukan Semasa - Hartanah, loji dan peralatan
948,000
Jumlah Aset Bukan Semasa
948,000
Aset Semasa 1. Penghutang
2. Pelbagai penghutang, deposit dan prabayar
3. Simpanan tetap di Institusi Kewangan
4. Tunai di tangan dan di bank
6,094,000
142,000
21,429,000
2,340,000
Jumlah Aset Semasa
30,005,000
Jumlah Keseluruhan Aset
30,953,000
-
Nyatakan perubahan dan penyumbang perubahan ini (geran negeri/janaan sendiri) dengan penjelasan terperinci
Maklum balas bagi soalan berkaitan perubahan dan penyumbang kepada perubahan di antara tahun 2014 dan 2015 (geran negeri/ janaan sendiri) tidak dapat dihuraikan kerana tiada data perbandingan susulan daripada Penyata Kewangan tahun 2015 kesemua Badan-badan Berkanun masih belum selesai diaudit.