Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
224) ASET AIR KERAJAAN SELANGOR
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berakah jumlah aset Kerajaan Negeri yang berkaitan dengan loji-loji rawatan air di seluruh Selangor?
Mengikut kajian yang telah dilaksanakan oleh Tetuan Erinco Sdn Bhd, jumlah aset air di seluruh Selangor bernilai RM12.35 bilion. Bagi aset yang berkaitan dengan Loji Rawatan Air yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah bernilai RM2,170,278,000.00. Loji Rawatan Air yang telah dinilai tidak termasuk
Loji yang dibina menerusi Perjanjian Konsesi seperti berikut:-
i) Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (dibina oleh Puncak Niaga (M) Sdn Bhd;
ii) Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (dibina oleh SPLASH); dan
iii) Loji Rawatan Air Wangsa Maju (dibina oleh Puncak Niaga (M) Sdn Bhd. Kajian penilaian ini juga tidak mengambil kira Loji Rawatan Air yang mempunyai kapasiti reka bentuk di bawah 4.0 JLH. -
Berapakah jumlah aset Kerajaan Negeri yang berkaitan dengan Òbalancing reservoirÓ dan Òservice reservoirÓ di seluruh Selangor?
Mengikut kajian yang telah dilaksanakan oleh Tetuan Erinco Sdn Bhd, dianggarkan terdapat sebanyak 1,233 bilangan kolam air di Negeri Selangor. Dari jumlah tersebut, nilaian yang diberikan adalah sebanyak RM587,883,000.00.
-
Berapakah jumlah aset Kerajaan Negeri yang berkaitan dengan sistem perpaipan air di seluruh Selangor?
Mengikut kajian yang telah dilaksanakan oleh Tetuan Erinco Sdn Bhd, nilaian ke atas paip-paip air di negeri Selangor adalah sebanyak RM8,921,889,000.00. Penilaian ini adalah berdasarkan kepada saiz paip yang berkenaan seperti berikut:-
Saiz Paip Paip Utama
(KM)
Transmisi/ Agihan
(KM)
Sistem Retikulasi (KM)
Panjang paip pada 08
Mac
2011
Penilaian (RM/juta) 100 – 300 mm dia
8.28 1,686.18 18,650.59 20,345.05 5,105,137 301 – 600 mm dia
355.05 2,341.13 501.35 3,197.53 1,630,800 601 –900 mm dia 340.39 426.93 7.84 775.16 584,206 901 – 1200 mm dia
364.98 159.74 0.00 524.72 474,674 1201 – 1500 mm dia 210.43 46.16 0.04 256.63 353,179 1501 – 1800 mm dia 184.37 2.10 0.00 186.47 312,338 1801 – 2100 mm dia 187.15 0.00 0.00 187.15 402,373 2101 – 2400 mm dia 22.71 0.00 0.00 22.71 60,182 Tiada maklumat 13.56 19.65 124.67 157.88 – Jumlah 1,686.92 4,681.89 19,284.49 25,653.30 8,921,889