Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

20) ARAK

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah arak boleh dijual di kedai serbaneka seperti 7-eleven di Shah Alam malah turut berlaku di pekan kecil seperti Sabak Bernam sedangkan hal ini tidak berlaku sebelum ini ?

    Saya ingin menjelaskan bahawa penjualan arak memerlukan lesen untuk menjual
    liquor yang memabukkan di bawah Seksyen 35, Akta Eksais 1976 melalui
    Lembaga Pelesenan Eksais Daerah. Definisi bagi ‘liquor’ yang memabukkan di
    bawah Seksyen 2(1), Akta Kastam 1967 iaitu termasuklah apa-apa cecair yang
    mengandungi lebih daripada dua peratus spirit pruf, yang sesuai atau bermaksud
    untuk, atau yang boleh dengan apa-apa cara diubah bagi, digunakan sebagai suatu
    minuman. Manakala definisi bagi ‘bir’ termasuklah ‘ale, stout, porter’ dan segala
    liquor tapaian lain yang diperbuat daripada ‘malt’. Oleh sebab proses penyediaan
    yang berbeza iaitu melalui penapaian, maka penjualan ‘bir’ tidak perlu dilesenkan di
    bawah Seksyen 35, Akta Eksais 1976 bagi jualan secara runcit. Walau
    bagaimanapun, Kerajaan Negeri telah melaksanakan pendekatan ‘self-regulating’ di
    Majlis Bandaraya Shah Alam sebagai perintis bagi mengawal penjualan minuman
    beralkohol terutamanya ‘bir’ memandangkan tiada peruntukkan spesifik di dalam
    Akta Eksais 1976 yang mengawal penjualannya secara runcit. Pendekatan ini telah
    dilaksanakan selama lebih kurang setengah tahun dan semua pihak yang terlibat
    sedang melaksanakannya.

  2. Apakah mekanisme yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa agama dalam membendung penjualan arak di kawasan majoriti Islam?

    Mekanisme yang dilakukan dan dilaksanakan oleh pihak berkuasa agama dalam
    membendung penjualan arak di kawasan majoriti Islam setakat ini adalah seperti
    berikut:-
    1) Melaksanakan operasi dan pemantauan secara berterusan ke atas premispremis menjual arak yang di kenal pasti.
    2) Mengedarkan risalah, poster berkaitan arak, penerangan kepada masyarakat
    setempat serta melaksanakan seminar kepada pihak-pihak yang terlibat
    dengan pembelian arak, penjualan arak dan pekerja di premis yang menjual
    arak.
    3) Mulai November 2009 wakil daripada Bahagian Penguatkuasaan JAIS telah
    di jemput hadir bersama-sama di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan
    Arak.
    4) JAIS juga sedang berusaha mewujudkan peraturan melarang umat Islam
    memasuki premis hiburan yang menghidangkan arak di mana kertas
    cadangan berkaitan telah diluluskan melalui Mesyuarat MAIS Bil. 02/2010.

  3. Jika ada,apakah jaminan pihak berkuasa agama bahawa mekanisme tersebut memang boleh dilaksanakan. Adakah pihak berkuasa agama bersetuju jika saya kata kan bahawa ada pihak tertentu yang memang mahukan agar arak mudah diperolehi

    Bahagian Penguatkuasaan sentiasa berusaha membendung gejala arak di Selangor
    menggunakan segala mekanisme dan kuasa yang ada. Melalui usaha tersebut
    beberapa premis 7-eleven contohnya di Shah Alam telah menghentikan penjualan
    arak di premis tersebut. Namun segala tindakan yang di lakukan oleh JAIS masih
    tidak mencukupi sebenarnya untuk membendung gejala ini kerana pihak-pihak lain
    bertanggungjawab lebih besar dalam pemberian lesen dan kelulusan penjualan arak
    sedangkan JAIS mempunyai kuasa yang sangat terhad berkaitan isu ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.