Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
69) APLIKASI TELEFON TEMPAT LETAK KERETA
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimanakah sambutan dan kegunaan orang ramai terhadap Aplikasi Telefon Tempat Letak Kereta di setiap PBT sehingga sekarang berbanding dengan pembayaran melalui wang tunai dan kupon?
Penggunaan Aplikasi Telefon Tempat Letak Kereta telah dilaksanakan di MBSA, MPAJ, MPS, MPKj, MPSp, dan MDKL. Aplikasi ini merupakan sistem bayaran tempat letak kereta pintar menggunakan telefon mudah alih sebagai kaedah alternatif pembayaran melalui mesin tiket dan kupon di PBT Negeri Selangor yang boleh dimuat turun secara percuma di Android Play Store atau Apple Apps Store.
Sambutan dan penggunaan Aplikasi ini juga diterima baik oleh pengguna dan menunjukkan jumlah peningkatan yang amat menggalakkan dengan nilai kutipan sehingga Feb 2018 tidak melebihi RM646,210.35. Walau bagaimanapun, pembayaran melalui mesin tiket dan kupon masih menjadi pilihan pengguna berbanding penggunaan Aplikasi Telefon Tempat Letak Kereta.
Aplikasi ini diperkenalkan bagi mengurangkan masalah dan aduan pengguna berkaitan kesukaran mendapatkan kupon serta salah menggores kupon. Melalui aplikasi ini juga, pengguna akan diberi peringatan sepuluh minit lebih awal sebelum tamat tempoh letak kenderaan. Ia juga dapat mengurangkan risiko pemilik kenderaan disaman oleh penguat kuasa.
Selain itu, dimaklumkan juga MBPJ, MPK, MPSJ, MDKS, MDHS dan MDSB masih belum melaksanakan lagi Penggunaan Aplikasi Telefon Tempat Letak Kereta ini.