Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

54) APLIKASI SMART SELANGOR PARKING

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah jadual implementasi Aplikasi Smart Selangor Parking (SSP) sehingga aplikasi tersebut dilaksanakan di seluruh Selangor?

    Pada 1 Julai 2018, sebanyak enam (6) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telahpun menyertai dan menggunapakai Aplikasi Smart Selangor Parking (SSP) dengan jayanya. PBT tersebut adalah seperti berikut:

    • Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
    • Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
    • Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
    • Majlis Perbandaran Sepang (MPSp)
    • Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)
    • Majlis Perbandaran Selayang (MPS)

    Bagi meneruskan perancangan dan objektif untuk memudahcara pembayaran parkir kepada orang ramai menerusi satu aplikasi untuk seluruh Selangor, pihak SSDU telahpun mengenalpasti beberapa PBT lain yang boleh menggunapakai aplikasi SSP ini seperti Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL). Walau bagaimanapun, ianya tertakluk kepada persetujuan PBT berkenaan dan pihak pemegang konsesi parkir di situ iaitu Godell Sdn Bhd.

    Penyertaan Majlis Perbandaran Klang (MPK) pula adalah tertakluk kepada persetujuan daripada pihak MPK dan pembangun aplikasi Smart Parking MPKlang iaitu Aim-Force Software Sdn Bhd.

    Tiada keperluan untuk parkir berbayar di MDSB, MDHS dan MDKS buat masa kini.

  2. Apakah isu-isu yang telah timbul selepas SSP dilaksanakan di MBSA, MPAJ, MPS, MPKj dan MPSp?

    Di antara isu-isu utama yang wujud selepas pelaksanaan Aplikasi SSP ini adalah seperti berikut:

    • Rungutan rakyat berkaitan penggunaan aplikasi SSP yang masih belum menyeluruh ke seluruh Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor
    • Aduan berkaitan caj transaksi sebanyak RM1.00 yang dikenakan kepada pengguna untuk setiap tambahan kredit tambah nilai
  3. Apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk menangani isu-isu dalam (b)?

    Di antara langkah-langkah yang sedang dilaksanakan oleh pihak SSDU bagi menangani isu-isu utama tersebut adalah seperti berikut:

    • Pihak SSDU sedang berusaha mendapatkan persetujuan daripada pihak Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) untuk PBT ini menyertai pelaksanaan dan penggunaan aplikasi SSP.
    • Pihak SSDU telahpun merangka perancangan promosi secara berkala bagi memberikan makluman kepada orang ramai kewujudan aplikasi SSP ini. Namun, promosi yang paling berkesan hanya dapat dilakukan apabila SSP ini dapat digunakan secara menyeluruh di seluruh negeri
    • Caj transaksi yang dikenakan adalah merupakan caj transaksi yang biasa dikenakan oleh pihak penyelia gerbang pembayaran. Walau bagaimanapun, pihak SSDU sedang merancang untuk mengecualikan caj transaksi tersebut kepada pengguna yang melakukan tambah nilai untuk RM100.00 ke atas.

Lampiran

Tiada Lampiran.