Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
358) APLIKASI SELANGKAH
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk SELANGKAH? Adakah Kerajaan Negeri masih berhasrat untuk menjadikan SELANGKAH sebagai Super-app bagi rakyat Negeri Selangor? a) Berapakah kos terlibat dalam membangunkan Super-app SELANGKAH?
Sejak penubuhannya pada 2020, Kerajaan negeri berhasrat untuk menjadikan SELANGKAH sebagai Super App negeri Selangor dengan pelbagai fungsi yang memberi manfaat dari segi perkhidmatan, bantuan dan kemudahan rakyat malah ditambah secara berkala bersesuaian mengikut keperluan mutakhir.
IMPAK PENDIGITALAN
Bermula 2020 sehingga kini, Selangkah telah memanfaatkan sejumlah kumulatif 7.95 juta penduduk Selangor melalui pelbagai inisiatif di bawah program saringan covid 19 (lebih 180,000 saringan), pengurusan CAC dan pemerhatian kuarantin rumah (lebih 450,000 pemerhatian), program Selvax (lebih 600,000 dos diagih), Selangor Saring (103,157 slot ujian diagih), Mental Sehat (lebih 32,000 sesi pendidikan psikososial) serta Anak Selangor Anak Sihat.
Selangkah juga turut memberi manfaat kepada rakyat Negeri Selangor menerusi vertikal program Kebajikan iaitu Bingkas (82,130 permohonan diproses dan diverifikasi) serta MamaKerja (lebih 1 juta permohonan diproses dan 5,100 penerima manfaat disalurkan bantuan).
Pada tahun 2024, dijangkakan lebih 1 juta pengguna akan mendapat manfaat melalui modul-modul lain yang bakal dibangunkan di bawah Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam dan Jawatankuasa Tetap Kebajikan; seperti pendigitalan ISS, Rekod Hayat, KLINISEL, Slim Selangor, SUKA, dan lain-lain.
KOS PEMBANGUNAN
Berikut disertakan kos pembangunan bagi setiap modul yang dibangunkan melalui aplikasi SELANGKAH
-
Adakah SELGATE mempunyai kemampuan kewangan untuk melaksanakan inisiatif ini?
Jika SELGATE dijadikan super app untuk rakyat negeri Selangor, sudah pasti ianya mempunyai kemampuan kewangan untuk melaksanakan inisiatif ini.